Want your
own Fotopage?












 
Azureen's - A Diary of A 'Lil Girl

By: Nisrina Azureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 11-Mar-2008 11:47 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pagi...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 13 photos...
Pagi tadi Azureen terjaga agak awal (seperti selalunya). Sebelum pukul 6 pagi zureen dah terjaga, terus mencari mama atau ayah nak bermanja. 2-3 hari ni pun zureen demam sikit, ditambah pula batuk dan selsema. Tu yang rasa lesu je badan ni, nak senyum pun malas. Selepas seketika diulit ayah dan kemudiannya mama, zureen terlena kembali. Bila terjaga semula dalam pukul 8 pagi tiba2 ayah bersuara "Dah lama tak amik gambar adik tengah baring2kan?", lantas terus ke bilik mencapai kameranya. Inilah dia aksi2 spontan zureen sebaik terjaga dari tidur pagi tadi. Kalau ikutkan hati memang takde mood nak beraksi, tapi ayah asyik menjerit "senyum zureeeen!"... hmm layan je la...











Hye baby Nisrina yg comey... aunty lynn here... aunty doakan Nisrina cihat selalu & menjadi insan yg berguna apabila dewasa nanti... To abg Azam & Kak Misbah, anda berdua amat bertuah kerana dikurniakan seorg anak yg cantik & sempurna Fri 18-Apr-2008 06:51
Posted by:lynn_buttercup lynn81zz@yahoo.com
bangun tido pun tetaop maintain manis tau si chumel nie..hehhe..penat lah awalnya die bangun, semayang subuh cik zureen oi..hehe..ngantuk laa mama dan babah tu, die dah tido seperate room ker from u all?cheeky nya die, mmg morning person lah ek, kalu afia die baru bgn tido gitu, mmg lah die sengih2, tp kiter amik camera sure di tutup muka, amik tangan die jer lah Sat 19-Apr-2008 23:00
Posted by:zie  - [Link]
Hello mummy,Want a cute, cool and nice collections for your little Azureen? Here at Cheeky Kid Collection, we have gorgeous collections for u to buy. Happy buying ya...Cheers Thu 8-May-2008 13:12
Posted by:Cheeky kid collection  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 29-Feb-2008 03:37 Email | Share | | Bookmark
Azureen Yang Ceria

 
 
 
 
 
 
View all 7 photos...
"Azureen memang selalu ceria...", itu kata mama dan ayah. Kata ayah, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat azureen gembira, tertawa dan bersorakan. Dan memang itu yang zureen lakukan. Apa tidaknya, dengan kasih sayang dan belaian yang tak pernah putus-putus dari kedua mereka, perhatian yang sepenuhnya dari makteh dan uwan, juga gelak-tawa nenek dan atok tatkala melihat gelagat azureen, tiada apa lagi yang kurang dalam hidup ini. Semoga semua ini akan berkekalan sampai bila-bila. Dan zureen juga berharap akan berupaya memberikan kembali apa yang sepatutnya zureen berikan, sehingga ke tahap maksimum pada semua yang zureen sayang. Insyaallah, impian dan harapan ini akan jadi nyata...








lamanyer aunty tak jenguk entry azureen.... dah besar dah dier... very happy go lucky girl laaa..
Fri 7-Mar-2008 02:59
Posted by:Mummy Alysha  - [Link]
bukan main ceria lagi azureen ni....seronok tgk gelagat dia
mesti tak boleh duduk dia ni....so cute...
Fri 7-Mar-2008 03:00
Posted by:mama Iman + Nurin + Twin  - [Link]
Jom ke cni>>>>>>>http://kiddiesshoppe.blogspot.com Byk branded kids wear yg menarik lg menawan untuk si comel anda. Tue 11-Mar-2008 05:37
Posted by:KiddiesShoppe  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 27-Feb-2008 04:14 Email | Share | | Bookmark
Al-Fatehah Buat Moyang

 


Salam rindu buat semua... Dah lama betul rasanya azureen tak update fp ni. Macam dah berkurun pulak rasanya. Sori kerana agak lama mendiamkan diri. Dalam tempoh dua bulan ni actually banyak juga peristiwa yang berlaku, yang duka mahupun duka. Ingat lagi pada moyang zureen yg pernah zureen ceritakan tak lama dulu? Pada 3hb Feb 2008, moyang telah pulang ke rahmatullah kerana diserang stroke. Serangan stroke tu terjadi tak lama selepas azureen, mama, ayah dan moyang baru lepas menikmati minum petang. Moyang meninggal selepas 3 hari dimasukkan ke hospital. Namun ayah merasa puas kerana dapat membaca surah yassin beberapa minit sebelum moyang pergi, membisikkan kalimah Allah dan Syahadah pada detik-detik terakhir, seterusnya menemani moyang ketika menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ayah juga menurunkan jasad moyang ke dalam kubur, juga orang yg terakhir melihat wajah moyang semasa menghadapkan mukanya ke arah kaabah dan menciumkan wajah tenang moyang ke tanah di dalam liang lahad. Ayah sangat sedih dengan pemergian moyang, namun ayah redha. Moga moyang akan tenang dan bahagia di sana. Kadang2 semasa bersendirian, masih lagi terngiang di telinga ayah gelak-gurau moyang bersama zureen, alunan suara moyang membaca ayat al-quran dan yassin tanpa mengira masa, nyanyian moyang semasa azureen baru belajar berjalan, "Tahteh sebulan lagi... mana letih situ berhenti". Terima kasih moyang, terima kasih atas segalanya. Moga Tuhan akan mencucuri rahmat ke atas roh moyang. Mari kita semua sedekahkan Al-Fatehah buat moyang tersayang... Al-Fatehah!

Al Fatihah Wed 27-Feb-2008 08:53
Posted by:lyndz shazlyndz@yahoo.com  - [Link]
al-fatihah... maaf abg ajam, jijie baru tau... jijie pernah jumpa dgn moyang zureen ni kan... jijie pon turut bersedih... smoga rohnya ditempat dikalangan org2 yg beriman... amin... Tue 4-Mar-2008 14:15
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 21-Jan-2008 16:21 Email | Share | | Bookmark
Pengantin Rempit?

 
Klik http://zoomer.fotopages.com


Nice pics Mon 21-Jan-2008 20:07
Posted by:unnamed  - [Link]
cantik gambar..posing pengantin pun nampak power gitu... Sun 27-Jan-2008 11:25
Posted by:Mama Ilman  - [Link]
Add comment


Wednesday, 9-Jan-2008 06:50 Email | Share | | Bookmark
Azureen Goes To Kedah 3

 
 
 
View all 5 photos...
Walaupun cuaca sepanjang lawatan kami ke Kedah disulami dengan hujan gerimis dan sesekali lebat, namun kami berkesempatan juga untuk memanjat ke Menara Alor Setar yang terletak di pusat bandar. Dari aras tinjau, kami dapat melihat keseluruhan bandar Alor Setar termasuk sawah bendang yang terletak di sekelilingnya. Pemandangan memang menarik walaupun sedikit redup dan berkabus atas faktor cuaca. Memang ia satu pengalaman yang mengasyikkan. Agaknya bila pula ayah nak bawa kami ke Menara KL yang jauh lebih tinggi tu ye?






Awat tak singgah kat Sg Petani? Thu 10-Jan-2008 09:28
Posted by:Rita & Kids nazarita@hotmail.com  - [Link]
Kami pergi Alor Setar 3 hari 2 mlm je, tak sempat nak singgah mana2.
Lain tahun kalau pegi sana lagi kami cari auntie ye? BTW congratulations
auntie, with the arrival ou ur new baby... El Harith Kamil... cute name &
cute baby too...
Thu 10-Jan-2008 16:59
Posted by:azureen  - [Link]
muka azureen sebiji mcm mak dia......... Wed 26-Mar-2008 03:36
Posted by:unnamed
View all 4 comments Add comment


Monday, 7-Jan-2008 17:25 Email | Share | | Bookmark
Hepi Befday Ayah

Hari ini adalah befday Ayah. Hepi befday ayah... moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sejahtera selalu. Dan kebetulan pula, hari ini Fotopages ayah di senaraikan dalam "99 most popular Fotopages.com". Tak sangka FP ayah akan tersenarai di situ. Tahniah Ayah! Pada yang belum menjenguk, silalah singgah di http://zoomer.fotopages.com


Care to comment?


Friday, 4-Jan-2008 05:59 Email | Share | | Bookmark
Azureen Goes To Kedah 2

 
 
 
View all 4 photos...
Masa dalam perjalanan dari Alor Setar ke Padang Besar, hampir sepanjang jalan kami menempuhi kawasan sawah bendang yang hijau melaut. Cuaca yang redup dan sesekali hujan membuatkan suasana perkampungan di sekitar bendang nampak sejuk dan menenangkan. Ayah yang tak tertahan godaan terus menyelinap masuk ke salah satu lorong menuju ke kawasan sawah yang terletak di Utan Aji. Tanpa membuang masa terus ayah keluarkan kamera dan mengambil gambar zureen dan mama semahunya... Sebenarnya inilah pertama kali zureen mengenal apa itu sawah padi. Memang benar kata ayah, bau lumpur di tengah bendang amat semerbak sekali, membawa kembali seribu kenangan sewaktu ayah kecil2 dulu di kampung nenek. Zureen harap suatu hari nanti zureen akan berpeluang lagi untuk kembali ke tengah sawah, kali ini untuk bermain lumpur, menangkap anak semilang, mengejar burung tiak, makan nasi panas dengan ikan masin berulamkan pucuk ubi rebus... bersama mama dan ayah pastinya!




Cantik nyee pemandangan sawah padi... mesti syok dok petang petang kat situ kan.. angin mesti kuat kann.... Tue 8-Jan-2008 07:50
Posted by:ashfa  - [Link]
wahhh comelnyer pic zureen jenjalan kat sawah padi tu sayang... hepi sunggoh nampaknyer zureen dpt gi kedah ekkk... abg fenriz pon tak jumpa lagik cemana rupanyer yg dipanggil sawah padi tu... hehehe... looking at this pic, teringat plak masa zureen dtg gleneagles visit abg fenriz ari tu... zureen pakai the same attire kan? sooo kiut! how i wanted to hold u so much sayang... geram sesangat, dengan cheeky nyer... tergelak sokmo... pastu pandai nak tiru apa kita buat, apa kita sebut... tp tak kesampaian nak main2 dgn zureen coz abg fenriz cranky & jeles maut... nak wat caner dia tgh sakit kan, so auntie jijie kempunan lerrr... nanti kita jumpa lagi tau sayang... bila tgk zureen, teringin sangat nak baby girl tau!!! thanks for visiting abg fenriz ye sayang ye... thanks for the spongebob too!!! *muahz muahz muahz* Thu 17-Jan-2008 01:54
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
sejak azureen pandai jalan ni, mana cukup letak pics dia sesket abg ajam!!! we want more!!! we want more!!! hehehe... Thu 17-Jan-2008 01:55
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 14-Dec-2007 10:17 Email | Share | | Bookmark
Azureen Goes to Kedah 1

Azureen @ Rumah Tun Dr Mahathir
Dalam kesibukan ayah menghadapi tugasnya merakam foto-foto perkahwinan setiap hujung minggu dan kerja2 grafik, printing, album arrangement, dan sebagainya yg menyusul pada weekdays, sempat juga ayah berpakat dengan mama untuk pergi membawa azureen berjalan-jalan melancung ke negeri jelapang padi, Kedah. Turut bersama kami ialah Uwan (emak mama) dan kak sakinah (anak buah mama). Untuk 2 malam kami bermalam di Hotel Tandop yang terletak hanya lebihkurang 10 minit dari Alor Setar. Biliknya besar dan bersih, lantainya berkilat kerana kerapkali dimop. Sewanya pun murah... hanya RM80 semalam untuk bilik dengan 2 katil double dan 1 katil single. Nanti zureen akan bercerita lagi tentang perjalanan ke sana. Buat masa ni ayah masukkan gambar zureen di kaki tangga rumah kelahiran Tun Dr Mahathir yang terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar. Ayah kata gambar ni amat bererti buat ayah, kerana ayah adalah salah seorang pengagum Tun Mahathir. Pemikirannya, visinya, tindakannya, pandangannya yang jauh terkedepan, memang dikagumi. Pastinya setiap manusia tak terlepas dari kesilapan, tapi kelebihannya mengatasi segalanya. Sayang pengunjung tak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalam rumah tersebut. Tapi gambar ini pun sudah lebih dari mencukupi buat ayah. Ayah berpesan pada zureen, "Adik telah berada di tempat di mana dia bermula. Ayah harap ini adalah permulaan untuk adik memulakan sesuatu yang bermakna dalam hidupmu. Jadikanlah dia sebagai pembakar semangat untuk adik memajukan diri dan mencapai kejayaan yang cemerlang dihari mendatang. Di kaki tangga ini ayah bakar semangatmu, biar ia jadi permulaan buat segalanya. InsyaAllah..."


Haiii....saya org kedah pun xpernah sampai nice gak kan take foto kat situ..nak kena pergi nieee ..salam perkenalan dr zai kedah..boring2 tu singgah lerr kat my fp kat http://zbintim.fotopages.com Fri 14-Dec-2007 11:55
Posted by:zai zbintim@yahoo.com.my
amboi azureen berposing di kaki tangga rumah kelahiran Tun Dr Mahathir semoga azureen bakal mewarisi kepimpinan Tun Dr Mahathir..bila besar nanti Mon 17-Dec-2007 08:16
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
Ceria betul gambar2 kat fp ni.....

Tuan tumah, minta izin tumpang iklan yer..

*Kami ada menjual MUSLIMAH SWIM WEAR.. Tak payah nak risau kalau nak mandi-manda ngan anak2 kat Hotel lagi dahh.. Sarung je baju ni.. memang menepati ciri2 muslimah...
* Kami juga ada menjual blouse PLUS SIZE.. Sesuai bagi mereka yang berbadan besar. Siapa kata yang bersize besar tak boleh melaram kann??

Jom cuci2 mata kat http://butikpu3.e-kampung.com.my/
Fri 21-Dec-2007 04:35
Posted by:Butik Puteri  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 27-Nov-2007 14:13 Email | Share | | Bookmark
Mak Busu dan Keluarganya

 
Masa hari raya haritu , mak busu anum (adik ayah) suruh ayah shoot gambar mereka sekeluarga. Mak busu sekarang ni dah ada 4 orang anak yang comel2 belaka. Mereka pun amat akrab antara adik beradik dan sentiasa mengikut kata ibu mereka. Suasana bersama mereka sentiasa riuh dan ceria. Namun keluarga azureen tak sebesar mereka. Azureen anak tunggal, takde adik beradik yang lain. Tapi azureen tak rasa sunyi kerana mama dan ayah memberi sepenuh perhatian mereka pada zureen. Tak pernah rasanya mereka membiarkan zurin bermain keseorangan tanpa pemerhatian salah seorang mereka. Zureen faham mereka bukan bermaksud mengongkong atau nak mengawal setiap pergerakan zureen. Cuma agaknya mama dan ayah nak memastikan tiada apa yg buruk atau perkara yg tidak diingini terjadi pada zureen. Ternampak kelibat nyamuk pun ayah dah menampar angin, apatah lagi kalau ada mamat nak ngurat zureen nanti. Silap2 ada yg kena karate ayah

p/s: Sape nak pergi umrah atau haji ke Mekah melalui Tabung Haji, boleh la cari mak busu zureen tu... (tolong promote...)





hi Azureen....chk ur PM ya!! i send my FP pass.... Wed 12-Dec-2007 15:13
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
ala....xbleh PM ka?? Wed 12-Dec-2007 15:14
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
Ayah kata auntie hantar ke e-mail ayah zureen bole tak?
azam_photography@yahoo.com.my
Fri 14-Dec-2007 16:05
Posted by:Azureen azam_photography@yahoo.com.my
View all 4 comments Add comment


Friday, 2-Nov-2007 01:01 Email | Share | | Bookmark
Twist Di Hari Lebaran?

 
 




Macam tak kena je title di atas tu kan? Kalau berzapin ke, atau tarian inang ke, barulah ngam kan? Actually azureen bukan bertwist pun... azuran tengah bergaya dengan baju raya zureen masa nak pegi beraya rumah sedara mara. Azureen pulak masa tu baru 2 minggu pandai bertakteh sendirian. Apalagi, tunggang langgang la langkah zureen nak balance kan badan, macam berjalan tengah gempabumi je... Tapi seronok dah pandai jalan ni kan? Tak payah harapkan orang tolong kita lagi dah. Nak bergerak pun makin mudah dan laju. Kalau tak, letih nak kena merangkak, tapak tangan dgn lutut seluar selalu hitam je. Sekarang ni nak makan dgn tidur pun dah makin kurang, dok asyik nak merayau je... ayah ngan mama pulak letih mengejar zureen. He.. he.. seronoknya hidup ni

Dikesempatan ini, Azureen, Mama dan Ayah nak ucapkan Selamat Hari Lebaran buat semua rakan, kenalan, taulan, mommies, daddies, babies, freinds & fans. Semoga kita raikan kemenangan ini dengan penuh ketakwaan. Maaf zahir & batin kalau ada silap-salah, minta halalkan yang termakan mahupun terminum. Jemputlah ke teratak kami di Bandar Tasik Kesuma



Comelnya.... Bestkan Azureen bila dah dapat lesen K tu Wed 7-Nov-2007 08:12
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
:: alluuuu... my dear azureen...lama sgt aunty x jenguk sini...
:: dah besar dah anak dara sorang nih...makin cantik makin ayu... dah pandai jalan dah yerrrr... soooo sweeetttttt...!!!!
:: Salam Syawal dari aunty & famili
Fri 9-Nov-2007 03:33
Posted by:Iena & kids ku2rewang@gmail.com  - [Link]
eh ari tu rasa cam dah komen entry ni... seriously! mana plak pegi komen tu... punyer lah panjang lebar... apa kes FP dok sabotaj my comment ni...? huhuhu...

anyway, azureen nampak comel sgt menari twist... hehehe, twist ke, zapin ke, inang ke, janji menari kan sayang kan... smakin cantik dia skrg ni... dah pandai jalan dah ke??? tak sabar nak tengok azureen bergaya dgn pelbagai baju, siap catwalk depan auntie jijie nanti tau... *muahz muahz muahz*

psst, sori abg ajam... ari tu jijie tak jwb call sbb memalam slalunyer jijie silentkan hp coz nak tidokan fenriz... very sory! nak tumpang iklan sket... sabtu ni ada garage sale for charity, buat kat garaj umah jijie start kul 10am to 1pm. sila rujuk http://lain-brand.fotopages.com utk map ke tempat kejadian. ada second hand goods (cloths, kids gear, jeans, shoes, handbags, etc) @ affordable price (range from rm1 to rm50). pls rsvp kalau nak dtg b4 13 december k? jijie nak prepare refreshment. jom beramal!
Wed 12-Dec-2007 08:18
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.