Want your
own Fotopage?












 
Azureen's - A Diary of A 'Lil Girl

By: Nisrina Azureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Monday, 26-Jan-2009 04:29 Email | Share | | Bookmark
Aksi-Aksi Azureen

 
 
Masa berlalu tanpa kita sedari. Dalam kesibukan melalui hari-hari yang semakin mencabar, azureen pastinya semakin dewasa. Aksinya yang pelbagai, lagaknya yang mengasyikkan, keletahnya yang mengkagumkan, degilnya yang menguji kesabaran, leterannya tatkala bermain berseorangan, bebelannya ketika menyebut, abc, 123 mahupun doa taubat, segala perkembangan minda dan tindakannya, kami teliti dan ikuti dengan gembira namun penuh debaran. Doa mama dan ayah, biar zureen terus dewasa menjadi anak yang bijak, cantik dan solehah, moga kita akan bahagia dan ceria begini selamanya, InsyaAllah. Teruskan perjalanan ini sayang, kami akan bersamamu mengiringi setiap detik gembira mahupun payah, hingga ke akhirnya...



ayunya azureen comel time senyum.... azureen menjadi pujaan hati mama&ayah... Thu 29-Jan-2009 01:31
Posted by:2Erina effara@digi.com.my  - [Link]
comel nya azureen ni...cute sangat2
semoga membesar dengan sihat yer sayang
Sat 14-Feb-2009 12:40
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 26-Jan-2009 03:49 Email | Share | | Bookmark
Zoomer Besh!

Nisrina Azureen - Zoomer Photography

Care to comment?


Monday, 5-Jan-2009 15:51 Email | Share | | Bookmark
Azureen Goes To Langkawi

 
 
 
View all 21 photos...
Semasa cuti sekolah yang baru lalu, dalam kesibukan ayah menyempurnakan tugasan di majlis2 perkahwinan, sempat juga kami mencuri masa mengikuti rombongan sekolah mama bercuti ke pulau lagenda Langkawi. Program yang diadakan dari 1 hingga 4 Disember itu, memang menyeronokkan kerana itulah pengalaman pertama zureen menaiki kenderaan bernama Bas dan Feri. Namun bak kata ayah, keseluruhan perjalanan amat meletihkan. Antara tempat yg sempat kami lawati termasuklah Kereta Kabel, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Underwater World dan beberapa tempat lagi termasuk tempat shopping Kalau nak cerita kisah sepanjang perjalanan memang boleh buat novel gamaknya. Namun rasanya cukuplah kalau zureen masukkan di sini beberapa keping gambar sepanjang rombongan tersebut untuk tatapan rakan2 semua.
















best nyer zureen dpt g langkawiii... untie ikut la erkk??

bleh zureen main ngan kak alya.... ngan adik aish...

comel la zureen nie
Sat 10-Jan-2009 03:15
Posted by:lenny chomells@gmail.com  - [Link]
wahhhhhh..bestnya zureen gi langkawi...pandailah zureen berposing.....ada gayalah...tentu sonok dpt main air pantai... Thu 15-Jan-2009 08:02
Posted by:2Erina effara@digi.com.my  - [Link]
SALAM KENAL..ZAI PUN LAMA TAK KE LANGKAWI BYK TAK BORONG COKLAT?? Thu 15-Jan-2009 17:30
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 1-Dec-2008 01:52 Email | Share | | Bookmark
Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2009







Untuk keterangan lebih lanjut, sila lawati http://zoomer.fotopages.com

Zoomer Photography
Untuk Tempahan atau Pertanyaan
Sila E-Mail Kami - jutatrend@yahoo.com
Atau Hubungi Azam di 012-3160355



3 Langkah Mudah Untuk Membuat Tempahan

1 - Hubungi kami untuk pengesahan kekosongan tarikh majlis
2 - Kami akan menghantar kepada anda borang butiran pengantin melalui e-mail untuk
anda isi dan kembalikan kepada kami juga melalui e-mail
3 - Pada masa yang sama sila buat pembayaran booking fee melalui akaun kami
di Maybank (Nombor akaun akan kami berikan bersama borang butiran pengantin)
Itu sahaja. Yang lainnya hanyalah penantian ketibaan hari yang bersejarah.

Nota:
# Tempahan hanya disahkan setelah pembayaran booking fee diterima
# Penerimaan tempahan adalah pada dasar 'Siapa cepat dia dapat'
# Harga pakej hanya sah untuk majlis yang berlangsung dalam tempoh 1 hari atau
atau 2 hari yang berturutan
# Harga pakej hanya sah untuk majlis yang diadakan di kawasan Lembah Kelang
dan berhampiran sahaja
# Bagi majlis di luar kawasan Lembah Kelang, caj tambahan untuk kos perjalanan
dan penginapan (jika diperlukan) akan dikenakan
# Promosi pakej di atas hanya sah untuk tempahan yang diterima untuk waktu terhad
dan majlis yang akan diadakan di sepanjang tahun 2009.



Zoomer Photography
Untuk Tempahan atau Pertanyaan
Sila E-Mail Kami - jutatrend@yahoo.com
Atau Hubungi Kami di 012-3160355





BLOG FOTOGRAFI BARU OLEH ZOOMER - http://myfotografi2u.wordpress.com/

Pen Digital Quran dgn Surah Yassin dll
Pemain Digital Quran dgn 30 juzuk Al-Quran, terjemahan 22 bahasa, waktu solat dgn Azan, arah kiblat, Tafsir, 99 nama Allah, kalender masihi & hijrah dll. KLIK DI SINI

visit us http://www.freewebs.com/lalatulips
byk kerongsang pilihan
Thu 4-Dec-2008 05:20
Posted by:tulips lalatulips@gmail.com
Add comment


Wednesday, 5-Nov-2008 07:32 Email | Share | | Bookmark
Potret Azureen

 
Gambar potret zureen ni ayah ambil diminggu kedua bulan shawal yang lalu.


COMELNYA... confirmlah jadi menantu busu Mon 10-Nov-2008 06:06
Posted by:busu anum
Hehe... borang dah kuar. Busu bole la apply sekarang Tue 18-Nov-2008 11:49
Posted by:Zoomer  - [Link]
hi, jom shopping kid's wear
kat http://pickadress.fotopages.com
Wed 17-Dec-2008 13:40
Posted by:nur za pinkamity@gmail.com
Add comment


Friday, 24-Oct-2008 09:49 Email | Share | | Bookmark
Kilang Terbuka 2008 - Zureen's Cookies

 
 
 
Semasa bulan Ramadhan yang baru lalu, disebabkan takde wedding jobs dan tak banyak aktiviti fotografi, ayah dan mama buat projek biskut raye pulak. Kilang kami yang mengeluarkan biskut Zureen's Cookies telah berada di pasaran musim raya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Istimewanya kami hanya mengeluarkan 2 jenis homemade cookies sahaja, Almond London dan Tart Nenas Gulung, yang menggunakan resepi asli dengan bahan2 yang terbaik. Menggunakan resepi yang kami pelajari dari seorang Chef yang agak terkenal di KL, biskut keluaran kami memang digemari ramai dan mendapat pesanan yang amat memberangsangkan, hingga selalunya di minggu terakhir banyak pesanan yang terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa.

Dan minggu lepas kami mengadakan Majlis Rumah/Kilang Terbuka untuk pekerja-pekerja kami beserta keluarga mereka. Kami juga memberikan sesi bergambar potret keluarga buat mereka secara percuma sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka selama projek itu dijalankan. Untuk melihat slideshow sebahagian gambar2 semasa majlis sila klik di bawah...









SEMUA IMEJ DIRAKAM OLEH AYAH DARI ZOOMER FOTOPAGES

Care to comment?


Thursday, 23-Oct-2008 10:19 Email | Share | | Bookmark
Slideshow - Memoria Anna oleh Search

Slideshow ini mengandungi gambar2 aksi kumpulan rock Search yang ayah shoot semasa konsert Rentaq Serantau di Shah Alam pada awal 2007 yang lalu...


Care to comment?


Wednesday, 1-Oct-2008 00:37 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri

 
Buat semua rakan-rakan sepermainan di alam siber, mommies, kenalan, handai-taulan, sanak saudara, buat semua... Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon kemaafan zahir & batin jika ada silap & salah, terkasar bahasa tersilap kata. Moga lebaran ini membawa kebahagiaan buat kita semua.


laawonya kaad raya
Selamat hari raya Nisreen
maaf zaher baten
Sat 4-Oct-2008 02:50
Posted by:dOd  - [Link]
salam eid mubarak Sat 4-Oct-2008 16:45
Posted by:napie profesional photographer dphotos.studio@gmail.com  - [Link]
Add comment


Friday, 25-Jul-2008 00:19 Email | Share | | Bookmark
Azureen Tercedera?

 
 



Minggu lepas semasa zureen, mama & ayah nak keluar bersiar-siar, ayah mengambil kamera dan shoot beberapa keping gambar zureen dengan baju yang baru dibeli beberapa hari sebelum tu. Bila ayah tengok balik gambar2 yang dah diambil, ayah terperasan tangan azureen sebelah kanan asyik diangkat sedikit tinggi seolah2 ada yang tak kena (lihat gambar 1). Bila mama periksa tangan zureen barulah dapat jawapannya.

Rupa2nya sebelum keluar rumah, azureen dah menggaru tangan zureen yang kegatalan hingga melecet. Ayah pula nak mengelakkan melecet tu jadi makin teruk, terus melekatkan plaster ke tangan zureen. Zureen pulak terasa macam luka tu serius sangat sampai letak plaster, terus jadi tak selesa sampai tak berani nak hayun tangan sembarangan. Sudahnya sepanjang hari la tangan zureen sebegitu...

alaaaaa... siannyer dier... Mon 4-Aug-2008 09:05
Posted by:Mummy Alysha  - [Link]
amboi!!!rindunya kat Azureen....

dah lawa dah ha....dah anak dara sunti dah...
Sat 9-Aug-2008 07:17
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
hai hai hai....kepada you all sume...sesape yang nak melangsungkan majlis perkahwinan...diri sendiri ke...kawan2 ke...adik2 you all ke...sedara mara ke ataupun wedding2 planner sume.....kalu anda nak majlis perkahwinan anda teratur dan berjalan seperti yang dirancang....kena la buat buat persiapan dgn teliti kan?so mcm mane..anda xde pengalaman menganjurkan majlis....xnak la nanti majlis yg sebegitu bermakne jd kacau bilau...jd...apelah sgt kalu dibandingkan dgn beberapa ringgit untuk dihabiskan dengan membeli e-book ini....yg penting sume berjalan lancar....sape yg dah kawin..tentu anda tau mcm mane peningnye nak buat majlis....kalu byk duit bleh la gaji wedding planner..tp untuk jimatkan kos..(bg yg nak buat sendri)...beli je buku ni..sume jd mudah...anda akan tahu...mane nak buat dulu...ape lg yg blum buat supaya xde yg tertinggal....so...klik je kat sini......mudah kan!!!!
http://www.majlisimpian.com/index.php?ref=pijah_ikram
Sun 24-Aug-2008 02:10
Posted by:PJAH pijah_ikram@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 00:43 Email | Share | | Bookmark
Hepi Befday Kak Tasneem!

 
 
 
Hari ini genap befday azureen 1 tahun 10 bulan. Lip-lap lip lap, dah hampir 2 tahun azureen menghuni dunia yang serba indah ini. Terasa baru bagaikan semalam zureen menjenguk dunia, dan terasa bagaikan baru semalam mendengar nanyian dan dodoi mama mahupun ayah tatkala mendengar rengekan zureen yang tanpa mengira siang mahupun malam. Selepas 22 bulan, ayah dan mama masih lagi bingkas bangun bila sesekali zureen merengek bila diganggu igauan malam, biarpun respons mereka nampaknya tak lagi sepantas dulu

Sebut pasal usia 2 tahun, esok 17hb Jun adalah hari lahir buat kawan baik zureen, Kak Tasneem yang lahir pada 17hb Jun 2006. Mereka adalah puteri manja kesayangan Auntie Su dan Uncle Zul, yang pernah melanggan perkhidmatan ayah semasa majlis pertunangan dan majlis perkahwinan mereka beberapa tahun dulu, juga untuk majlis bercukur jambul kak tasneem semasa berusia 2 bulan. Dan beberapa hari lalu, kakak kepada auntie su pula melangsungkan pernikahannya, yang mana ayah juga yang menjadi jurugambar mereka. Kiranya ayah ni dah jadi family photographer auntie su la ni... Gambar2 mereka boleh dilihat di Zoomer Fotopages. Lihat saja aksi kak tasneem yang ayah rakamkan semasa majlis tersebut. Buat kak tasneem, Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun, semoga, makin cute, comey dan ceria selalu. Ada masa nanti kita jumpa lagi k...



Kak Tasneem semasa berusia 2 bulan...


Kak Tasneem - Sekarang - 2 Tahun






RAHSIA PENJIMATAN ELEKTRIK - Murah, Mudah & Selamat
Telah Diuji Oleh SIRIM - SILA KLIK DI SINI


hi...feel free to visit me at http://shoppingwithlily.fotopages.com
authentic/original branded item at an affordable price...thx!
Tue 17-Jun-2008 15:41
Posted by:lily shoppingwithlily@yahoo.com  - [Link]
Happy birthday Wed 18-Jun-2008 05:38
Posted by:effa~ibu 2Erina~ effara@digi.com.my  - [Link]
happy belated behday buat kak Tasneem tuh
cute sangat
Fri 25-Jul-2008 07:38
Posted by:dOd  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.