|
|
| Friday, 14-Dec-2007 10:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azureen Goes to Kedah 1
|
 |
|
Azureen @ Rumah Tun Dr Mahathir
|
|
|
Dalam kesibukan ayah menghadapi tugasnya merakam foto-foto perkahwinan setiap hujung minggu dan kerja2 grafik, printing, album arrangement, dan sebagainya yg menyusul pada weekdays, sempat juga ayah berpakat dengan mama untuk pergi membawa azureen berjalan-jalan melancung ke negeri jelapang padi, Kedah. Turut bersama kami ialah Uwan (emak mama) dan kak sakinah (anak buah mama). Untuk 2 malam kami bermalam di Hotel Tandop yang terletak hanya lebihkurang 10 minit dari Alor Setar. Biliknya besar dan bersih, lantainya berkilat kerana kerapkali dimop. Sewanya pun murah... hanya RM80 semalam untuk bilik dengan 2 katil double dan 1 katil single. Nanti zureen akan bercerita lagi tentang perjalanan ke sana. Buat masa ni ayah masukkan gambar zureen di kaki tangga rumah kelahiran Tun Dr Mahathir yang terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar. Ayah kata gambar ni amat bererti buat ayah, kerana ayah adalah salah seorang pengagum Tun Mahathir. Pemikirannya, visinya, tindakannya, pandangannya yang jauh terkedepan, memang dikagumi. Pastinya setiap manusia tak terlepas dari kesilapan, tapi kelebihannya mengatasi segalanya. Sayang pengunjung tak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalam rumah tersebut. Tapi gambar ini pun sudah lebih dari mencukupi buat ayah. Ayah berpesan pada zureen, "Adik telah berada di tempat di mana dia bermula. Ayah harap ini adalah permulaan untuk adik memulakan sesuatu yang bermakna dalam hidupmu. Jadikanlah dia sebagai pembakar semangat untuk adik memajukan diri dan mencapai kejayaan yang cemerlang dihari mendatang. Di kaki tangga ini ayah bakar semangatmu, biar ia jadi permulaan buat segalanya. InsyaAllah..."
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 27-Nov-2007 14:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mak Busu dan Keluarganya
|
|
Masa hari raya haritu , mak busu anum (adik ayah) suruh ayah shoot gambar mereka sekeluarga. Mak busu sekarang ni dah ada 4 orang anak yang comel2 belaka. Mereka pun amat akrab antara adik beradik dan sentiasa mengikut kata ibu mereka. Suasana bersama mereka sentiasa riuh dan ceria. Namun keluarga azureen tak sebesar mereka. Azureen anak tunggal, takde adik beradik yang lain. Tapi azureen tak rasa sunyi kerana mama dan ayah memberi sepenuh perhatian mereka pada zureen. Tak pernah rasanya mereka membiarkan zurin bermain keseorangan tanpa pemerhatian salah seorang mereka. Zureen faham mereka bukan bermaksud mengongkong atau nak mengawal setiap pergerakan zureen. Cuma agaknya mama dan ayah nak memastikan tiada apa yg buruk atau perkara yg tidak diingini terjadi pada zureen. Ternampak kelibat nyamuk pun ayah dah menampar angin, apatah lagi kalau ada mamat nak ngurat zureen nanti. Silap2 ada yg kena karate ayah
p/s: Sape nak pergi umrah atau haji ke Mekah melalui Tabung Haji, boleh la cari mak busu zureen tu... (tolong promote...)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Nov-2007 01:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Twist Di Hari Lebaran?
|
|
Macam tak kena je title di atas tu kan? Kalau berzapin ke, atau tarian inang ke, barulah ngam kan? Actually azureen bukan bertwist pun... azuran tengah bergaya dengan baju raya zureen masa nak pegi beraya rumah sedara mara. Azureen pulak masa tu baru 2 minggu pandai bertakteh sendirian. Apalagi, tunggang langgang la langkah zureen nak balance kan badan, macam berjalan tengah gempabumi je... Tapi seronok dah pandai jalan ni kan? Tak payah harapkan orang tolong kita lagi dah. Nak bergerak pun makin mudah dan laju. Kalau tak, letih nak kena merangkak, tapak tangan dgn lutut seluar selalu hitam je. Sekarang ni nak makan dgn tidur pun dah makin kurang, dok asyik nak merayau je... ayah ngan mama pulak letih mengejar zureen. He.. he.. seronoknya hidup ni
Dikesempatan ini, Azureen, Mama dan Ayah nak ucapkan Selamat Hari Lebaran buat semua rakan, kenalan, taulan, mommies, daddies, babies, freinds & fans. Semoga kita raikan kemenangan ini dengan penuh ketakwaan. Maaf zahir & batin kalau ada silap-salah, minta halalkan yang termakan mahupun terminum. Jemputlah ke teratak kami di Bandar Tasik Kesuma
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Oct-2007 02:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mama Dearest
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Oct-2007 02:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Promosi Foto Perkahwinan 2008
|
|
Ayah azureen baru launch Promosi Pakej Foto Kahwin untuk 2008. Sesiapa yang nak kahwin atau ada kengkawan atau sedara mara yang nak kahwin tahun depan, bolehlah window shopping kat fotopage ayah zureen di http://zoomer.fotopages.com. Mana tahu kalau-kalau ada yang memikat di mata, tertarik di hati. Actually pakej ayah ni menarik kerana ia adalah pakej lengkap dengan harga yang amat berpatutan. Susah nak dapat pakej macam ni. Ada juga pakej lain bernilai RM800 dan RM1,700. Klik ajela link http://zoomer.fotopages.com untuk tahu lebih terperinci sambil melihat gambar2 pengantin yang menarik. Good Luck!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Oct-2007 01:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WANTED!
|
|
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Polis mengesan dua lagi suspek pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata suspek lelaki dan wanita itu dikesan berdasarkan fotofit daripada maklumat orang awam.
Beliau berkata lelaki itu berusia lingkungan antara 30 dan 40 tahun dan berketinggian 168 cm, dipercayai sedang mencari bilik sewa untuk anak perempuannya semasa Nurin Jazlin dilaporkan hilang.
"Lelaki tersebut beberapa kali dilihat di kawasan perumahan di sekitar Bangsar," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Wan berkata seorang lagi suspek ialah wanita berusia lingkungan 20-an dan berketinggian 153 cm serta memakai baju berwarna merah, yang dilihat berada di hadapan sebuah premis di PJS 1/48 Petaling Utama, Petaling Jaya, sehari sebelum sebuah beg sukan berisi mayat ditemui pada pagi 17 Sept lalu.
Katanya kedua-dua suspek itu dipercayai berketurunan Melayu.
Orang ramai yang terlihat kedua-dua suspek berkenaan diminta menghubunggi ASP Loh Pei Pei di talian 03-79662222.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Sep-2007 14:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rumah Azureen dari Satelite
|
 |
|
Rumah Kami
|
|
|
Ini adalah imej rumah azureen yang terletak di Bandar Tasik Kesuma dilihat dari satelite yang diambil dari Google Earth. Menarikkan?
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Sep-2007 01:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Search - Klip Sesi Soundcheck
|
|
Images captured during Search soundcheck session before Rentaq Serantau Concert held at Stadium Melawati, Shah Alam in March 2007. Images captured by Azam Photography.
p/s: Actually gambar ni dah lama, baru ni ayah terasa nak upload. Biasa la, orang rajin...
Click on the image to view clip
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Sep-2007 00:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Jalan Nurin Jazlin
|
 |
|
Selamat Jalan Nurin
|
|
|
(Kredit gambar berita utama: rantingsbymm.blogspot.com)
Selamat jalan Nurin. Biar pun kehadiranmu di dunia ini hanya seketika, namun kami berdoa agar perjalananmu yang seterusnya adalah lebih membahagiakan dirimu. Kami berdoa agar pintu syurga menantimu di hujung sana, dan kau akan kekal di sana bersama orang2 yang beriman, juga bersama anak-anak kecil yang senasib denganmu.
Buat kedua ibubapamu, semoga kalian cekal menghadapi dugaan maha mencabar ini. Memang hakikat ini terlalu pahit untuk diterima. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangannya diperlakukan sebegitu. Namun kalian relakanlah pemergiannya. Kalau itu yang terbaik untuknya, relakanlah dia menemui yang Maha Esa. Dia bertuah kerana mendahului kita semua untuk menghuni syurga.
Buat seluruh rakyat Malaysia, jagalah anak2 kita dengan sebaiknya. Kerana "haiwan" itu masih lagi lepas bebas. Selepas ini kita tak tahu siapa pula yang akan menjadi mangsa seterusnya. Sebetulnya dia tak layak sekalipun untuk diumpamakan seperti haiwan, kerana tiada haiwan yang berupaya untuk bertindak sekejamnya. Semoga kau akan mendapat balasan yang setimpal di muka bumi, dan selepas itu di neraka jahanam pula.
Buat PDRM, tubuhkanlah sebuah pasukan khas utk mengesan "haiwan" ini. Tangkap dia, bicarakan dia, dan hukumlah dia dengan sekejam cara. Kerana sebetulnya dia tak layak menghuni bumi Allah ini.
Sekali lagi buat Nurin Jazlin, semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohmu. Jangan bersedih nurin, kerana syurga itu telah jadi milikmu selamanya. Selamat tinggal sayang...
Dari: Ayah, Mama dan Azureen
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Sep-2007 23:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Koleksi dari Kamera Handphone Mama
|
|
Rasanya belum terlewat sangat lagi untuk azureen mengucapkan Selamat Berpuasa di sepanjang Ramadhan ini buat semua mommies dan daddies. Azureen setakat ni tak miss lagi bangun sahur bersama mama dan ayah, dan dalam pukul 8 pagi tak miss juga untuk makan breakfast disuapkan mama . Raya tahun ni mama kata maklong ida nak buatkan baju kurung untuk azureen, warna sedondon dengan baju raya mama dan ayah. Malaram habis la kami raya tahun ni... Nanti kalau sempat kami shoot gambar masuk kat sini ye...
Di bawah ni ialah koleksi gambar zureen yang mama ambil dalam seminggu-dua ni pakai kamera handphone mama. Mama suka sangat gambar zureen yg tengah khusyuk baca buku tu... memang ada gaya!
|
|
|
|