Want your
own Fotopage?












 
Azureen's - A Diary of A 'Lil Girl

By: Nisrina Azureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 29-Aug-2007 01:07 Email | Share | | Bookmark
MERDEKA!

MERDEKA!
Apa itu Merdeka? Pada zureen, kemerdekaan ialah bila mana Allah membebaskan azureen di bumi bertuah yang serba makmur ini, memiliki mama dan ayah yang sentiasa memberi sokongan dari segala sudut, mempunyai keluarga, taulan dan rakan yang tak henti2 menceriakan hidup ini, dan pastinya bersyukur yang teramat atas segala yang telah azureen miliki. Kemerdekaan juga membawa erti yang mendalam dalam hidup zureen kerana zureen juga dilahirkan dibulan bertuah ini. Azureen Anak Merdeka. Semoga kita semua menghargai dan menghayati erti kemerdekaan yang telah kita miliki semenjak 50 tahun ini. Dan semoga kita semua berjaya memerdekakan diri dan minda kita ini dari sebarang bentuk penjajahan, physically dan mentally. Buat semua di FP... Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!


Salam Merdeka...Azureen pun sama la ngan Abg Danish dok kibar bendera kecik tu....
Merdeka...
Thu 6-Sep-2007 08:45
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
dah lame tak jenguk adik zureen nih..dah besar dia
happy merdeka zureen!!!!!!
Fri 7-Sep-2007 12:50
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
Salam Ramadhan utk Azureen sekeluarga
Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Ramadhan ini... Amin..
Wed 12-Sep-2007 06:13
Posted by:Mama Haris Hakimi@Along ayunie1402@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 26-Aug-2007 14:02 Email | Share | | Bookmark
Azureen & Moyang

 
 
 
Percaya atau tidak, Azureen masih lagi memiliki seorang moyang (sebelah ayah) yang telah berusia lebih 80 tahun. Dalam usia yang sebegitu, moyang selalu kurang sihat dan ingatannya juga semakin lemah. Tapi moyang kerap juga datang ke rumah kami untuk semalam dua setiap minggu, kerana sudah tiada yang boleh menemaninya jika tinggal di kampung. Moyang sangat suka bermain dan bergurau dengan azureen. Moyang juga suka menyanyikan lagu2 kanak2 lama yang ada di antaranya yang ayah dan mama tak pernah dengar. Antara lagu yang gemar dinyanyikan moyang, dan kini juga jadi lagu kegemaran ayah dan mama berbunyi begini...

"Tak teh sebulan lagi... mana letih situ berhenti..."

Kata ayah, ada satu peristiwa sedih yang berlaku lebih 30 tahun yg lalu, yang sampai hari ini masih kekal dalam ingatannya. Semasa itu ayah masih berada di sekolah rendah, dan tinggal di rumah moyang semasa cuti penggal persekolahan. Hidup moyang susah, dan ketika itu dia telah kehabisan wang untuk membeli lauk untuk makanan haritu. Memikirkan ayah dan moyang perlu makan sesuatu, moyang membuat kail dan terus pergi memancing di anak sungai berhampiran sawah. Setelah beberapa jam memancing, moyang hanya berupaya menangkap seekor anak sepat. Lantas moyang mengukur kelapa dan menggulai ikan itu. Tiba waktu tengahari moyang menyuruh ayah makan dulu kerana moyang masih ada kerja yang nak diselesaikan. Ayah pula kerana kelaparan terus memakan nasi bersama ikan sepat seekor itu dengan lahapnya, sehingga habis ikan yang seekor itu. Apabila moyang datang untuk makan tengahari, moyang bertanya mana perginya ikan sepat tadi. Apabila ayah menjawab ianya telah habis dimakan, moyang jadi sangat sedih. Moyang kata "sampai hati kau makan semua ikan tu tanpa tinggalkan sedikit untuk uwan". Mendengar kata moyang itu ayah berasa sangat sedih dan sangat terkilan atas sikapnya itu. Sampai hari ini kekesalan itu masih lagi terasa. Sebab itu ayah kata dia akan cuba menjaga moyang dengan sebaiknya, demi membayar semula kesilapan yang dilakukannya dulu...

Inilah dia wajah moyang azureen, sewaktu kami sedang bermain "Pok Amai-Amai" baru2 ini. Semoga moyang akan terus sihat walaafiat, dan azureen akan berpeluang mengenalinya dengan lebih dekat lagi nanti...








Wedding Photography
by Azam Photography
Klik http://zoomer.fotopages.com

Jom HEBOH bersama SSDC
< perkhidmatan pemasaran & pengiklanan >

Sertai secara PERCUMA:
http://groups.yahoo.com/group/Satu-Sen_DotCom

atau, hantar email kosong ke:
Satu-Sen_DotCom-subscribe@yahoogroups.com
Sun 26-Aug-2007 15:30
Posted by:Satu-Sen  - [Link]
amboi seronoknya azureen dgn moyangnya.....siap main tepuk amai-amai lagi.... Mon 27-Aug-2007 06:41
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
Seronok jer nampak Azureen main tepuk2 tangan and menyanti ngan moyang tu. Thu 6-Sep-2007 08:47
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
Add comment


Tuesday, 21-Aug-2007 06:11 Email | Share | | Bookmark
Happy 1st Birthday To Me!

 
 
 
View all 13 photos...
Pada 16 Ogos yang lalu, usia Azureen telah pun mencecah 1 tahun. Macam tak percaya kan? Telah berlalu setahun yang amat membahagiakan. Namun azureen sedikit terkilan kerana pada hari yang amat bererti itu, ayah dan mama tiada di sisi. Mama terpaksa pergi berkursus selama 3 hari di Salak Tinggi. Ayah pula sibuk dengan kerjanya, makanya hanya sempat menjenguk zureen pada waktu pagi dan petang. Malamnya pula zureen tidur di rumah Uwan bersama Mak Teh sekeluarga. Namun pada hari Ahad 19 Ogos yang lalu, Mama dan Ayah mengadakan sedikit jamuan hari lahir buat zureen dengan menjemput adik beradik ayah dan mama dan jiran2 terdekat. Mama kata, dalam kesibukan hanya itu yang sempat mereka adakan untuk zureen. Sebetulnya zureen tak kisah, besar atau kecil bukan ukurannya. It's the thought that counts. Terima kasih ayah, mama, dan seluruh keluarga dan kawan2 yang dapat memeriahkan majlis hari tu. Memang azureen gembira sangat dengan kehadiran kalian semua. Dalam pada tu mama kata dia nak minta maaf kerana tak sempat nak invite kawan2 di FP. Masa yang suntuk menyukarkan mereka untuk organise majlis yang lebih besar. Takpe la, maybe next year kita cuba organise something bigger k...

Ni sebahagian rakaman ayah semasa dan selepas majlis tu untuk tatapan kita semua... Hepi befday to me...









Happy Belated Birthday to Azureen. Yeh, Azureen dah join kelab No 1.... boleh la lepas ni Abg Danish ajak gi tgk wayang..... Fri 24-Aug-2007 06:33
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
auntie jijie mintak maaf sesangat sayang sbb last minit still stuck kat kg babah fenriz... tak dpt nak rushing ke kajang... walhal hadiah dah beli, mmg dah plan nak ke sana... dalam hati auntie jijie, hanya Allah yg tahu betapa terkilannyer rasa hati... as azureen held a special place in my heart... i've watched all azureen's milestone and prayed as she have grown up in beauty and in grace. she bring me joy and pure delight just to gaze upon her lovely face. she's simply so nice to know... i just hope she will enjoy the joyful moments of the present, hope and promise of the future... *muahz muahz muahz* insya Allah, nanti kita jumpa ye... auntie jijie nak bagi hadiah azureen k... Sat 25-Aug-2007 15:53
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
HAPPY BELATED BIRTHDAY AZUREEN..may u lead a wonderful life dahling!!..Rasa br jerk tgk azureen umur 1-2 bulan dulu, skang dah setahun pun..how time flies Mon 3-Sep-2007 12:57
Posted by:Zie  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 5-Aug-2007 00:46 Email | Share | | Bookmark
Mengendap!

 
Minggu lepas ayah ada shoot wedding di Putrajaya. Secara kebetulan ayah dapat shoot gambar seorang budak mengendap pengantin yang sedang bersiap di dalam bilik. Gambar ini menarik kerana aksi kanak2 tu dan kesan khas yang terhasil dari permukaan cermin yg berjalur. Lepas tu ayah terus dapat idea nak shoot pengantin di sebalik cermin tu... Mesti menarik kan? Ayah kata nanti ayah uploadkan gambar tu dalam FP ayah di zoomer.fotopages.com


bijak bijak...menarik sungguh!! Sun 19-Aug-2007 14:08
Posted by:Nini hazlini5555@yahoo.com  - [Link]
mcm pelaq.. Thu 28-Aug-2008 11:16
Posted by:pali palikancil@yahoo.com
mcm pelaq g.. : Thu 28-Aug-2008 11:20
Posted by:pali palikancil@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 1-Aug-2007 00:21 Email | Share | | Bookmark
Merisik Khabar

 
Dah lama betul zureen tak menulis dalam fp zureen ni kan? Dah sebulan berlalu, tanpa sempat menjengok dan bertanya khabar pada semua rakan2 dan mommies. Entahlah, mungkin masa semakin suntuk, atau kita semua semakin sibuk. Nampaknya alasan sebegitu menjadi terlalu lumrah dalam dunia yang semakin canggih ini. Namun masa terus berlalu, meninggalkan kita termangu-mangu dalam mencari erti kehidupan. Kita semua pula semakin dewasa. 2 minggu lagi genaplah usia zureen 1 tahun... 1 tahun yang penuh keseronokan dan kebahagiaan yang bagaikan tiada pengakhirnya. Kadang2 terdetik juga di hati ini... adakah aku kan terus begini selamanya? Bahagia dan membahagiakan? InsyAllah... itu harapanku. Moga kita semua dirahmati Allah selamanya...

Sori takde gambar baru. Ni gambar sebulan dulu, selepas
disentuh dek Kedaigambar (Photoshop)



oh wow, time flies so fast!!! rasa mcm hari tu je baru dtg visit azureen for the first time... dah big girl dah my cutie pie munchkin ni... *muahz muahz* cant wait for ur big day lah darling!!! u've grown up beautifully, just like ur mom... putih melepak cam anak cina!!! *muahz muahz lagik* Sat 4-Aug-2007 17:48
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
pakaian terbaru bayi dan kanak2..murah2 dan cantik2
http://ihsanic.fotopages.com
Mon 6-Aug-2007 06:17
Posted by:Nur_Ihsanic nur_fikriyah@yahoo.com  - [Link]
alaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! naper azureen tak pat dtg???/ ni yg sedey nie.. sian ezra rindu kat azureen.. auntie gak nie....ala cube2lah adjust supaye blh dtg Tue 7-Aug-2007 07:36
Posted by:rose  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 9-Jul-2007 02:36 Email | Share | | Bookmark
LAGI AKSI AZUREEN

 
 
 
View all 4 photos...


Sebahagian aksi ini terdapat dalam Slideshow Azureen @ 10.5 Months yang boleh disaksikan di YouTube.Com ==> http://www.youtube.com/watch?v=J5v24JcC1AM




Wah fotogenik sungguhla azureen ni ye..comey n sweet! Thu 19-Jul-2007 07:00
Posted by:Emy-mama Fahim  - [Link]
Suka la tgk pose Azureen yg gelak besar tu.. comel..muah. Thu 19-Jul-2007 08:08
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
bak mawar putih yg berkembang mekar, nisrina azureen tidak pernah gagal menceriakan hati auntie jijie... smakin hari smakin indah kelopaknya mekar... *muahz muahz* i looove ur smile la sayang... nisrina mmg sebijik muka kak misbah! Sun 29-Jul-2007 16:06
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 6-Jul-2007 00:49 Email | Share | | Bookmark
LAIN by Auntie Zizie

 
 
 
Auntie zizie (Fenriz's Mama) baru saja launch produk berjenama LAIN yang memang Lain Dari Yang Lain. Sangat menarik dan original. Ayah zureen kata produk auntie zizie ni memang boleh sell in the net market. Harga pun sangat menarik. Jadi kalau sesiapa yang berminat, sila kunjungi FP LAIN di http://lain-brand.fotopages.com/
BUAT TEMPAHAN ANDA SEKARANG!






Assalamualaikum..promosi kidswear untuk aidilfitri tahun ni..layari
http://danialcollection.fotopages.com
tak perlu kos petrol…tak perlu berbaris panjang..
Sun 8-Jul-2007 08:20
Posted by:danialcollection danial23collections@yahoo.com  - [Link]
ehhhh, ada dedication entry for LAIN rupanyerrr.... tima kasih sgt kat abg ajam tersayang for the promo!!! really need it!!! ermmm, jijie dah booked domain for LAIN... insya Allah kalau takde aral will go all out for this biz, sbb sambutan mmg menggalakkan sampai tak cukup tangan... thanks much again abg ajam! love u!!! *muahz* Sun 29-Jul-2007 16:01
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
U've bought the domain already. Bagus.... pantas & cepat!
Jangan buang masa, U're going to make it, and it's gonna be big!
Mon 30-Jul-2007 03:06
Posted by:Zoomer  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 1-Jul-2007 14:36 Email | Share | | Bookmark
Slideshow Azureen @ 10.5 Bulan

Slideshow Azureen @ 10.5 Bulan
Siang tadi ayah bermurah hati untuk ambil gambar azureen dalam beberapa pose yang menarik Nasib baik mama banyak membantu sebab zureen sekarang dah tak suka duduk diam, asyik nak lari keluar je dari mini studio yang ayah buat berlatarkan kain hitam. Lepas tu ayah pilih beberapa keping untuk jadikan slideshow dan teruskan upload kan di You-Tube supaya boleh ditonton oleh rakan2 semua. Sesiapa yang nak menonton, sila dapatkan tiket percuma di mana2 Hypermarket Tesco berdekatan Atau kalau takde masa nak pergi, just klik link ini http://www.youtube.com/watch?v=J5v24JcC1AM atau klik di gambar di bawah. Selamat menonton!

p/s: Jangan lupa singgah dan berinteraksi di Forum Azureen di http://nisrinaazureen.forum5.com/index.php


Sila KLIK di imej untuk tonton slideshow


mamazureen... auntie jijie dah launch LAIN (upon requests). check it out!!!~
http://lain-brand.fotopages.com
Thu 5-Jul-2007 16:17
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
abg ajam... jijie tak reti la nak buat (www.lain.com) tu... cemana ek? abg bleh tolong? jijie mmg ingat nak serius... sbb ramai kengkawan tanya baju fenriz beli mana, why not jijie share with them my ideas kan... dulu ingat nak fenriz sorang je LAIN... hehehe... abg sila tunjuk ajar diriku yg baru nak mula ni... tak reti...

isnin ni ingat nak gi register brand LAIN la plak...
Fri 6-Jul-2007 00:50
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Jijie, pls chk your mailbox Fri 6-Jul-2007 05:12
Posted by:Zoomer  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Saturday, 30-Jun-2007 07:33 Email | Share | | Bookmark
Forum Nisrina Azureen

 


Untuk pengetahuan semua rakan-rakan dan mommies, ayah azureen baru saja membuat sebuah ruang forum untuk azureen dan rakan-rakan dan juga semua kenalan untuk berinteraksi dan berbincang di alam siber ini. Alamat forum tersebut ialah http://nisrinaazureen.forum5.com/index.php. Ruangan Forum ini baru hari ini dimulakan, dan azureen harap kita semua akan beramai-ramai mendaftar sebagai ahli. Di ruangan ini, kita semua boleh berbicara tentang apa saja, bertukar informasi, bertanyakan soalan, mengemukakan pandangan, mengiklankan barangan, tentang apa saja, terutama berkaitan bayi dan anak-anak. Azureen berharap kita semua dapat mendaftar sebagai ahli dan mengambil bahagian secara aktif supaya kita semua akan mendapat menafaat yang maksimum darinya. Jangan lupa, singgahlah di http://nisrinaazureen.forum5.com/index.php dan jumpa azureen di sana....


rindunyer kat azureen... skrg dah ada forum ye? auntie jijie dah register dah! hehehe... *muahz* Sat 30-Jun-2007 13:45
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Comelnye baby you... geram betul Thu 5-Jul-2007 10:59
Posted by:Ina  - [Link]
Add comment


Thursday, 28-Jun-2007 12:08 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Cari Makan

 
 
 
View all 4 photos...
Baru2 ni azureen, mama, ayah bersama atok & nenek pergi berjalan2 ke Pulau Indah, Morib, Bagan Lalang dan Nilai. Sambil berjalan-jalan melihat keindahan bumi Malaysia, kami juga singgah menyinggah untuk mencari makanan. Seronok rasanya dapat bersama atok & nenek sambil menghirup udara laut yang nyaman. Memang bumi kita ini bumi bertuah, yang selalunya makmur, aman dan tenteram. Kalau andainya kita lahir di bumi lain seperti Palestin, Afghanistan, Burma, Sudan mahupun Iraq, mungkin kita takkan dapat mengecapi kedamaian ini. Syukur Tuhan kerana ditakdirkan aku lahir di bumi Malaysia ini. Alhamdulillah....








hehe nampak gigi azureen comel Fri 29-Jun-2007 05:27
Posted by:hana  - [Link]
comelnya azureen senyum nampak gigi...sekarang dah pandai merangkak ye...sukanya azureen berkelah bersama atuk n nenek..... Fri 29-Jun-2007 08:15
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
wahhh, azureen gi morib satu family ye... best ke situ? abg fenriz tak pernah pegi lagi sana... naper azureen tak ajak sama...? hehehe... suka la pic azureen tergelak besar tu, sooo cheeky, sooo comels!!! grrrrrram lah!!! hepi sungguh ye azureen, tapi naper sket sgt pics ni... tak puas! bizi sgt ayah azureen tu sampai senyap sebegitu lama... rindulah kat azureen! *muahz muahz muahz* Mon 2-Jul-2007 00:31
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.