|
|
| Thursday, 25-Jan-2007 03:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fenriz - The Befday Boy!
|
|
Ini sebahagian lagi gambar abang fenriz semasa befday bash dia pada 22hb Jan haritu. Memang majlis tu really happening dan crowd nya pun ramai betul. Seronok betul azureen masa tu. Cuma sayang sikit sebab masa tu dah masuk waktu beradu, jadi mata zureen rasa berat sangat. Tapi zureen gagahkan jugak utk sesama meraikan abg fenriz. Tatapilah sebahagian lagi gelagat abg fenriz yg sempat ayah rakamkan malam tu...
Fenriz: Mmm... is that mamipoko?
Fenriz: Mama ni gundah ke gumbira?
Sape nak buat FX macam ni? Sila klik http://biz4net.fotopages.com/
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Jan-2007 01:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azureen / Babies @ Fenriz Befday
|
|
Semalam adalah hari lahir abang Fenriz yg pertama. Kami sampai ke rumah abg fenriz agak awal, dlm lingkungan kul 6.30 petang. Cadangan awalnya ayah nak shoot potret abg fenriz, malangnya hajat tak kesampaian sebab abg fenriz tak ready lagi manakala auntie zizie & family tengah sibuk banget membuat persiapan utk majlis tu. Maka azureen, ayah dan mama relax2 la ngan auntie ayu & babynya sementara menunggu majlis bermula.
Sebenarnya inilah kali pertama dalam hidup azureen menghadiri majlis sambutan befday. Memang sungguh meriah, riuh dan happening. Beria-ia betul azureen tengok mama fenriz, uncle sam dan seluruh keluarga meraikan majlis ni. Beruntungnya abg fenriz dapat merasai semua ni di usia semuda ni. Azureen esok tak tau lagi macamana... Tapi mama dan ayah jgn bimbang pulak. Azureen tak minta diadakan majlis semeriah ini. Nanti sampai masa kita bincang k...
Yang bestnya azureen sempat bertemu dan bermesra dengan beberapa rakan2 FP bersama mama masing2. Tapi sayang azureen tak sempat utk bertemu semua kawan2 yg hadir, malam tadi mata ni rasa berat sangat la. Tapi ayah sempat juga merakamkan beberapa keping gambar azureen semasa majlis bersejarah utk abg fenriz tu. Utk rakan2 FP semua, inilah azureen bersama beberapa kenalan dan taulan yg sempat kami beramah mesra malam tu...
Hepi befday abg fenriz! Moga abg akan cepat dewasa, makin hensem, dan jadi anak yang baik, bijak dan soleh. Amin!
Bonus utk kawan-kawan! Ayah ada uploadkan gambar2 sebahagian babies yg sempat ayah rakamkan malam tadi. Cuba2 lah jengok maybe ada antara wajah2 anda yg tercapture oleh lensa kamera ayah. Enjoy!
p/s: Ohya, semalam juga sebenarnya adalah hari lahir mama, sama tarikh dgn abg fenriz. Kami celebrate bertiga saja di rumah. Ayah sempat beli kek utk mama, lepas tu kami nyanyi lagu hepi befday. Tapi azureen belum lancar lagi lagu ni.. tengah belajar. Hepi befday Mama! I love u!
More babies inside
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Jan-2007 04:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azureen Terkini
|
|
Beberapa hari lepas auntie zizie hantar sms pada ayah dan minta ayah masukkan entry baru untuk fp azureen ni. Katanya dah rindu sangat dengan zureen, tak sabar nak tengok gambar terkini. Pagi tadi kebetulan ayah takde job, jadi ayah pun mulalah mencapai kameranya kembali dan menembak ke arah zureen.
Semasa ayah shoot foto2 zureen ni, zureen sedang kekenyangan baru lepas makan bubur nasi. Sebenarnya ini adalah pertama kali azureen menjamah makanan. Kira hari ini dalam sejarah lah ni. Next entry nanti zureen akan ceritakan pengalaman zureen makan untuk kali pertama, siap dengan fotonya sekali.
But for now, teristimewa untuk mommies dan auntie zizie yg merindui wajah terkini azureen, nikmatilah wajah2 azureen ini. Azureen amat merindui mommies semua, dan harap dapat berjumpa semua orang sekerapnya di alam siber ini. Cuma kadang2 ayah sedikit sibuk, maka ruang untuk kita bersama itu sedikit terhad. Takpe, nanti azureen belajar menulis sendiri k...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Jan-2007 02:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Apa Itu ClixSense, Program Affiliate & Akaun Premium
|
 |
|
Click Ads & Earn Up To US$5
|
|
|
PERCUMA! ClixSense BAYAR ANDA Untuk Lihat Webpages Mereka
Daftar di ClixSense.com secara PERCUMA.
Log in dan klik butang 'Browse Ads'
Setiap page yang anda browse akan ditunjukkan selama 30 saat. Anda akan menerima antara US1 cents hingga US$5 untuk setiap page yang anda lihat. Setiap page akan menunjukkan timer 30 saat di bahagian atas webpage. Jangan tutup tingkap page sehingga masa 30 saat tamat, atau jumlah tersebut tidak akan dikreditkan ke akaun ClixSense anda.
Setiap bulan pihak ClixSense akan mengirimkan cek kepada anda untuk tugasan/aktiviti yang telah anda lakukan.
MUDAH BUKAN?
Untuk pendaftaran secara PERCUMA, sila klik di sini sekarang!
Program Affiliate Percuma
Perkenalkan rakan anda ke ClixSense dan anda akan terima lebih banyak pendapatan yang tidak anda sedari.
Semua ahli ClixSense akan secara otomatik didaftarkan ke Program Affiliate Percuma ClixSense. Anda akan menerima 10% dari pendapatan yang diterima oleh referrals anda. Lebih ramai referrals anda, lebih banyak pendapatan tambahan yang akan anda terima. Pendaftaran adalah PERCUMA, lakukannya sekarang!
Untuk waktu yang terhad, ClixSense akan membayar anda US$5 untuk setiap referrals anda yang upgrade ke "Premium Account".
Jangan lupa untuk promosikan link ClixSense anda untuk menarik pendaftaran lebih ramai ahli baru di bawah akaun anda.
Klik di sini untuk mendaftar secara percuma.
Upgrade ke "Premium Account"
Status "Premium Account" menunjukkan kepada pengiklan yang pelawat (anda) telah berjaya membuat belian/transaksi menggunakan kad kredit anda. Banyak pengiklan memilih untuk menghadkan iklan berbayar mereka pada bakal pelanggan yang telah terbukti kuasa membeli mereka. Upgrade akaun anda ke status "Premium" hari ini dan anda akan mula melihat lebih banyak iklan berbayar di dalam akaun ClixSense anda. Pengalaman saya, selepas upgrade ke "Premium Account", terdapat hampir 200 webpages dalam senarai saya yang menunggu untuk diklik dan bayarannya bakal dikreditkan ke akaun saya serta merta. Kos untuk upgrade ke status "Premium" ialah US$10 dan ia sah selama satu tahun dari tarikh upgrade.
Untuk keterangan lebih lanjut sila daftar sekarang di ClixSense dan lawati bahagian FAQ di website ClixSense anda sendiri. Anda tidak akan rugi apa-apa, segalanya adalah PERCUMA.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Jan-2007 07:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
 |
|
Hepi Befaday Tasneem
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Jan-2007 00:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-Dec-2006 14:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puteri Berhias
|
|
Apa cerita disebalik baju maxi merah hati ciptaan maklong ini?
Dan kenapa azureen dihias dan di make-up kan?
Tunggu kisahnya tak lama lagi...
(Ayah kata PC ayah dah infected by virus. Kena hantar pada
doktor untuk dirawat. So, kena tunngu la ye...)
Klik Di Sini => RAHSIA TERBONGKAR!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Dec-2006 02:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I'm 4 Now!
|
|
Sempena menyambut usia kelahiran Azureen yang ke 4 bulan pada 16 Dis yang lalu, Azureen merakamkan hari yg indah itu dengan berpotret bersama mama. Puas azureen ajak ayah untuk bergambar bersama, tapi ayah tak mahu. "Dah merajuk!" katanya. Azureen harap satu hari nanti ayah akan berubah fikiran...
Dalam usia sebegini, rasanya banyak juga yg azureen dah belajar tentang kehidupan ni. Azureen dah kenal betul mama dan ayah. Jika ada orang lain yang ingin mengendong zureen, serta-merta zureen boleh mengesan keasingan itu, dan sepantas itu juga zureen akan merengek mencari mama dan ayah. Mama pula terus akan berkata, "Zureen dah kenal orang!" dan secepat kilat menyambar zureen kembali dari mereka. Zureen tahu, yg sebetulnya mama tak rela melepaskan zureen lama2 pada mereka. Kan mama... kan?
Betapa hidup ini memang teramat indah, sudah tidak mungkin lagi zureen nafikan. Senyuman mama, agahan ayah, kasih sayang mereka - bagaikan terjahan dari sungai jernih dan segar, yang mengalir dan terus mengalir bagaikan tiada penghujungnya. Maha suci Allah.... Azureen bersyukur atas anugerahNya...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Dec-2006 12:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adam Mursyid - Kenalan Baru
|
|
Siang tadi kawan ayah, pakcik Man datang bersama keluarganya ke rumah kami. Antara tujuannya, untuk mengambil gambar potret keluarga sebagai kenangan. Azureen berpeluang untuk bertemu dan berkenalan dengan abang Adam Mursyid, yang kini dah berusia 11 bulan. Abang Adam dah pun pandai merangkak dan kelihatan sangat ceria. Senyumannya pun sangat manis dan menggoda Seronok rasanya dapat bertemu kawan baru. Selamat berkenalan buat abang Adam. Ini gambar keluarga bahagia pakcik Man, makcik Su dan abang Adam...
| Quote: | Tips Fotografi
Jika kita berada di dalam rumah, untuk memastikan tahap pencahayaan adalah mencukupi, selalunya kita akan menggunakan flash. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, elakkan menembak flash secara tepat (direct). Direct flash akan menyebabkan gambar kita terlalu terang (tanpa sebarang tonasi terutama di bahagian muka), disertai bayang yang amat keras. Ini akan terjadi jika kita menggunakan built-in flash, yang selalunya dibina bersama kamera.
Jika anda menggunakan flash berasingan (sebagaimana yang selalu digunakan bersama kamera SLR), pastikan flash anda di arahkan ke siling rumah dan ditembak secara lantunan (bounce). Cahaya yang dihasilkan menggunakan teknik bounce akan lebih merata dan tidak menghasilkan bayang. Gambar anda juga akan menjadi cantik dan menarik.
Semasa mengambil gambar didalam rumah, pastikan juga semua lampu-lampu dipasangkan untuk membantu pencahayaan anda. Lebih menarik jika anda berupaya menggunakan cahaya semulajadi dengan menyuruh subjek anda berdiri di tepi tingkap. Pencahayaan begini boleh menghasilkan kontras yang tinggi dan menarik jika anda berhajat membuat gambar hitam-putih.
~ Ayah Azureen ~ |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Dec-2006 14:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puteri Bermain
|
|
Azureen nak ucapkan jutaan terima kasih pd semua mommies yang telah memberi kata2 semangat dan perangsang semasa ketiadaan mama tempohari. Memang azureen rasa amat kesunyian ketika itu. Tapi nasiblah ianya hanya untuk seketika. Kini mama telah kembali ke pangkuan azureen. Tiada lagi rindu di hati ini. Yang ada hanyalah kegembiraan dan keseronokan, kerana mama dan ayah hampir setiap masa di sisi azureen sekarang. Hidup ini telah kembali ceria... Terima kasih semua kerana mengambil berat atas kesunyian azureen tempohari...
Azureen juga nak minta maaf berjuta pada semua mommies yg telah meninggalkan komen di FP azureen ini, tapi tak dapat azureen menjawab komen2 mereka apatah lagi menjengok di FP mereka. Azureen kerap mengharap bantuan mama atau ayah untuk menulis di sini, sedangkan mereka kerap sibuk dengan tugasan. Nantilah... azureen nak belajar menaip pulak sekarang nih...
Gambar terbaru azureen ni ialah semasa azureen bermain dengan permainan pemberian Mak Busu baru2 ni. Rasanya mereka panggil alat ni Baby Gym. Menariknya sebab azureen dah mula belajar menyentuh dan memegang, disamping melatih mata azureen untuk melihat warna2 terang dan ceria. Mak Busu akan ke Mekah 2 hari lagi kerana bertugas dengan anak syarikat Tabung Haji. Azureen doakan Mak Busu selamat pergi dan selamat kembali, dan jika berpeluang dapat pula mengerjakan haji yang mabrur. Harap Mak Busu doakan azureen jadi anak yang baik, bijak, cantik dan salehah. InsyaAllah...
| Quote: | Tips Fotografi
Pencahayaan memainkan peranan yang amat penting dalam fotografi. Tanpa pencahayaan yang cukup, gambar yang terhasil akan menjadi gelap dan terdapat grain, iaitu bintik-bintik hitam seperti pasir yang pastinya akan merosakkan gambar biar bagaimana cantik pun komposisi dan kedudukan subjek.
Jika anda membuat penggambaran di luar (outdoor), sumber pencahayaan utama adalah matahari. Oleh itu setiap kali hendak menghalakan kamera kepada subjek, PASTIKAN KEDUDUKAN MATAHARI ADALAH DI BELAKANG JURUGAMBAR, bukannya dibelakang subjek. Ini akan menyebabkan muka subjek anda termasuk latarbelakang akan menjadi terang akibat suluhan matahari. Masa yang paling sesuai ialah pada sebelah pagi atau petang, bilamana kekuatan cahaya tidak terlalu keras, dan tonasi dan bayang yang terhasil menjadikan gambar lebih menarik.
ELAKKAN penggambaran diwaktu tengahari (kecuali terpaksa), kerana matahari akan berkedudukan tepat di atas kepala kita. Di samping kekuatan cahaya yang sangat keras, ia akan menghasilkan bayang yang buruk terutama di bahagian muka kita
~ Ayah Azureen ~ |
|
|
|
|
|