|
|
| Tuesday, 21-Nov-2006 16:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azureen Rindu Mama
|
|
Dah 2 hari Mama pergi berkursus ke Melaka. 2 hari lagi baru mama akan pulang kembali. Azureen pula ditumpangkan dirumah Mak Teh sepanjang tempoh ini. Ayah datang menjengok zureen sekali pagi dan sekali petang, bergurau dan bergelak tertawa dengan zureen untuk melepaskan rindu. Mama pula kerap menelefon Mak Teh bertanya kabar zureen, dan beberapa kali pula cuba mencuri dengar gelak tawa zureen di corong telefon. Sebetulnya zureen rindukan mama, zureen rindukan ayah. Tak pernah terfikir bahawa mama dan ayah akan tinggalkan zureen sebegini lama. Zureen sangka bila cuti sekolah bermula, zureen boleh lebih kerap bersama mama. Zureen tersilap sangka. Zureen kecewa...
Mama, cepatlah pulang. Zureen rindukan belaian mama. Zureen dahagakan agahan dan senda gurau mama. Zureen rindukan segalanya tentang mama.... Jangan tinggalkan zureen lagi mama...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 14-Nov-2006 13:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Beraya Bersama Mak Radin & Family
|
|
Lebih seminggu yang lalu, rumah kami dikunjungi keluarga Mak Radin, Abah Sufian dan 2 anak mereka yang kiut, Kak Nisya dan Kak Ena. Mereka adalah kenalan baik Mama dan Ayah yang datang dari Banting yang datang semata-mata untuk berjumpa Azureen. Mereka dah Azureen anggap seperti keluarga angkat Azureen sendiri. Sebenarnya baju merah yang Azureen pakai dalam gambar tu pun adalah pemberian Mak Radin yang dihantar melalui pos. Azureen sungguh gembira mendapat hadiah tu kerana baju tu memang cantik, mama kata sesuai betul dengan Azureen. Terima kasih Mak Radin. I luv u... Azureen, mama dan ayah akan ke rumah Mak Radin dalam waktu terdekat ni, mungkin bila cuti sekolah dah bermula nanti.
Sekarang ni bila dah tiba musim cuti sekolah, ayah teramatlah sibuknya. Mama pulak dengarnya kena pergi kursus masa cuti nanti... Hmmm, Azureen pun malas nak komen banyak. Kita tunggu dan lihat k...
| Quote: | Tips Fotografi : Gambar Kanak-Kanak 2
Kebaikan kamera digital ialah kita boleh mengambil gambar sebanyak mungkin, dan kemudian pilih yang terbaik sahaja. Kalau boleh sesi dilakukan diwaktu pagi kerana mereka masih segar dan ceria. Tapi awas, kanak-kanak cepat merasa letih dan jemu. Pastikan anda merancang sesi itu supaya ia tidak terlalu lama.
Untuk jurugambar, pastikan anda turun ke bawah supaya separas dengan mata mereka, sekalipun ke tahap meniarap di atas lantai. Jika boleh ambil gambar mereka dengan kerap untuk membiasakan mereka dengan kamera. Oleh itu gaya mereka akan lebih natural dan spontan semasa diambil gambar
~ Ayah Azureen ~ |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Nov-2006 12:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puteri Tertawa
|
|
Semenjak dua menjak ni, Azureen teramat suka untuk tersenyum dan tertawa. Entah kenapa, apabila azureen tertawa, terasa amat membahagiakan. Azureen terasa hidup ini seperti amat menyeronokkan. Yang lebih mengagumkan, lebih lebar azureen tertawa, lebih lebar lagi tawa mama dan ayah. Mereka seolah mendambakan gelak-tawa azureen pada setiap ketika. Tak puas dengan agahan, mereka bercakap sendirian di hadapan zureen. Azureen akui kekadang azureen ketawa kerana gembira, kekadang pula azureen ketawa kerana melihat gelagat mereka...
Apapun, memang hidup ini amat menyeronokkan. Tu sebablah kerajaan buat kempen mari tersenyum, biar hidup kita semua gembira dan ceria Untuk semua rakan dan taulan... Azureen ucapkan Selamat Tersenyum!
| Quote: | Tips Fotografi : Gambar Kanak-Kanak 1
Mengambil gambar kanak-kanak adalah tugas yang amat menarik. Reaksi mereka selalunya tidak dapat dijangkakan. Jangan paksa mereka untuk beraksi. Biar mereka berlagak sebagai diri mereka yang sebenarnya, dan ambil gambar mereka dalam keadaan kandid. Tapi sebelum itu bawa mereka ke tempat yang mempunyai latar yang menarik seperti di taman, pantai, kolam renang dan sebagainya. Berikan juga sesuatu yang kelihatan menarik untuk mereka pegang, seperti permainan yang berwarna-warni. Pastikan juga mereka memakai pakaian cantik yang berwarna terang. Tugaskan seseorang (kalau boleh ibu kanak-kanak) untuk memanggil mereka supaya menoleh ke arah kamera dan cuba buat mereka ketawa...
...bersambung.
~ Ayah Azureen ~ |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 2-Nov-2006 01:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hepi Befday Auntie Zizie!
|
|
Di hari yang berbahagia dan indah ini, Azureen nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Hepi Befday yang ke (?) buat Auntie Zizie yang sangat Azureen sayang yang rindu selalu. Azureen doakan semoga auntie dimurahkan rezeki, dikurniakan kesejahteraan dan menikmati kebahagiaan yang tak berkesudahan hendaknya. Selepas azureen dilahirkan di dunia ni, antara yang terawal melawat azureen ialah auntie zizie dan keluarganya, termasuk Abg Fenriz (yg asyik tersenyum je tu). Semasa hari raya yang baru ni pun, auntie zizie pun datang juga melawat zureen (dengan kereta barunya ) Sungguh bertuah azureen dapat auntie macam ni... sampai merah-merah pipi zureen kena kiss ngan auntie
Moga ikatan persaudaraan kita kekal mesra begini selamanya. Nanti azureen ajak ayah ngan mama pegi beraye rumah auntie pulak k... *Muahz*
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-Oct-2006 11:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Klip/Slideshow Nisrina Azureen - 1st Month
|
|
Buat sesiapa yang tidak berkesempatan untuk melawat setiap entry "A Diary of A Baby", ayah azureen telah compilekan ia dalam satu klip yang menarik. Anda cuma perlu klik link di bawah dan duduk bersandar dan nikmatilah sebahagian imej-imej azureen yang telah ayah rakamkan di usia bulan pertama azureen...
Sila Klik ==> Nisrina Azureen - 1st Month
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Oct-2006 04:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Raya Eidul Fitri
|
|
Dikesempatan yang terluang ini, Azureen sekeluarga ingin mengucap Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh umat Islam yang bersama-sama meraikan kejayaan kita semua dalam menempuh setiap dugaan di sepanjang bulan Ramadan ini. Teristimewa juga ucapan ini ditujukan pada semua mommies, daddies, babies, friends, visitors, dan sesiapa sahaja yang mengenali diri azureen yang kerdil ini. Ini pertama kali saya akan meraikan shawal terindah ini, ini juga kali pertama saya akan merasa berpakaian baju raya, menerima duit raya, mencium mama dan ayah dipagi raya... pasti sebak rasanya kan? Namun yang pastinya, ini adalah shawal terindah buat mama dan ayah, selepas hampir 13 tahun meraikannya berdua sahaja...
Ayah suruh pesan pada semua agar berhati-hati semasa memandu. Makan ketupat nanti ingatlah pada zureen. Zureen pun cuma dapat ambil bau je... takleh makan lagi Kalau ada salah silap azureen, mama atau ayah di sepanjang persahabatan kita ini, harap dapat dimaafkan. Kita hanya manusia biasa kan?
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Oct-2006 15:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azureen & Ayah - Klasik
|
|
Rupanya ramai juga peminat gambar klasik di kalangan khalayak FP ni ye, memang diluar jangkaan. Ayah kata, atas minat yang ditunjukkan tu, ayah uploadkan 1 lagi gambar klasik kami untuk tatapan semua. Gambarnya mungkin seakan sama dengan yang sebelum ni, tapi aksinya berbeza.
Sebetulnya ayah selalu cuba mencari kelainan dalam hasil kerjanya. Memang bukan mudah, kerana setiap jurugambar punya stail tersendiri, dan masing-masing cuba menonjolkan kelainan tersendiri. Begitu juga ayah. Tapi itulah adat perniagaan, namun persaingan mematangkan kita. Hanya yang berani untuk mencuba akan berjaya dalam perjuangan. Azureen tahu ayah boleh. Azureen yakin ayah akan berjaya...
Untuk melihat video klip sebahagian hasil kerja fotografi ayah, sila klik di bawah...
Sampel Gambar Pengantin
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Oct-2006 03:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azureen & Uwan
|
|
Beberapa hari lepas azureen, mama dan ayah berbuka puasa di rumah uwan (nenek) dan atok di kampung (sebelah mama). Azureen hanya sempat bergambar dengan uwan sebab atok ke kedai membeli barang dapur. Uwan berasal dari Telok Kemang, Port Dickson, dan bertemu atok di sana semasa atok jadi tukang masak di kem askar. Disebabkan gaji atok tak mencukupi untuk menyara keluarga yang agak besar, di sebelah malam atok juga turun ke laut sebagai nelayan. Semasa mama di darjah 1, uwan dan atok berpindah ke kampung atok di selatan Selangor hinggalah sekarang. Azureen suka balik ke rumah uwan sebab suasana kampung yang masih ketara.
Azureen teringat satu cerita pelik Minggu lepas uwan ada beri mama sejumlah wang. Mama gunakan wang tu utk beli gelang kaki utk azureen. Malam tu dlm pukul 2 pagi, dlm gelap mama tanya ayah samada ada buka rantai tu dari kaki zureen. Ayah yg tengah berpisat baru terjaga dari tidur, pelik dengan pertanyaan mama. "Kenapa?" tanya ayah. "Rantai kaki azureen dah takde!" jawab mama. Ah sudah, ke mana pula perginya? Mama tengok azureen dah berada di hujung tilam. Bila ayah angkat je kelambu azureen, terdengar bunyi loceng. Lagi pelik. Mama berlari menekan suis lampu. Bila suasana jadi terang, ternampaklah rantai kaki zureen tergantung kemas di bumbung kelambu. Memang pelik, macamana rantai tu boleh tersangkut sampai ke situ?
p/s: Hari tu azureen dedikasikan lagu untuk ayah. Mama tanya "Untuk mama takde ke?". Ada... azureen dedikasikan lagu ini teristimewa untuk mama azureen dan semua para mama sekalian. Terima kasih kerana mengendong kami selama 9 bulan, terima kasih kerana melahirkan kami, terima kasih kerana mendewasakan kami, terima kasih atas segalanya.... Mother by Sami Yusuf
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Oct-2006 04:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azureen & Ayah
|
|
Akhirnya... ayah bersetuju untuk membenarkan wajahnya dikeluarkan dalam FP azureen ini... Sekali ayah kena rengekan azureen, terus cair...
Siapa ayah? Nama ayah sebenarnya Noor Azam, ada yang panggil dia Abang Ajam. Dulu dia pernah bekerja di Sime Finance yang kemudiannya diambil alih oleh Mayban Finance. Setelah 13 tahun dalam bidang finance, ayah buat keputusan mengejut untuk berhenti dan menjadi Jurugambar sepenuh masa. Biarpun awalnya mama dan keluarga ayah agak gusar, tapi kesungguhan ayah akhirnya membuat mereka akur. Hanya bermula dengan minat, kini ayah mencari rezeki dari Fotografi. Pelikkan? Sedar tak sedar, dah hampir 3 tahun ayah menghambakan diri dalam bidang ini. Bak kata ayah, "ayah bukan nak hidup kaya, cuma ayah nak hidup selesa". Mama sebagai isteri yang setia, tak pernah membantah cita-cita ayah. Kini kami sekeluarga amat bahagia. Azureen, Mama dan Ayah sentiasa bersama ke mana saja. Terima kasih ayah, kerana sentiasa berada di sisi azureen...
Azureen dedikasikan lagu ini buat Ayah Azureen, juga buat semua ayah di dunia serba indah ini. Thanks for always being at my side whenever I needed you. Pengorbanan dan kasih sayang yang ayah berikan selama ini memang tiada tandingnya. Terima kasih ayah. I love you... Dance With My Father
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Oct-2006 03:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bumi Ku Pijak - Langit Ku Junjung
|
|
Azureen amat bersyukur kerana ditakdirkan untuk dilahirkan di bumi yang serba bertuah ini. Azureen juga amat bersyukur kerana ditakdirkan untuk memiliki dua ibubapa yang amat penyayang yang bergelar Mama dan Ayah. Azureen juga amat bersyukur kerana memiliki rakan dan taulan yang sangat mengambil berat akan diri Azureen, termasuk semua warga FP tersayang. Sesungguhnya, kasih sayang dan perhatian yang kalian berikan selama ini, membuatkan Azureen rasa sebak dan amat terharu. Rupanya ramai juga insan yang menghargai dan menyayangi diri ini Terima kasih Mama. Terima kasih Ayah. Terima kasih semua. Terima kasih Ya-Allah...
Di mana bumi ku pijak... di situ langit ku junjung...
Azureen puas pujuk ayah suruh kuarkan gambar azureen ngan ayah kat sini. Ayah tak berapa setuju, cos ayah kata ayah ni pemalu. Lagipun ayah kata fotografer takleh ambil gambar dia sendiri... pantang! Yeke? Nanti azureen cuba pujuk ayah lagi ye...
|
|
|
|
|