Want your
own Fotopage?












 
Azureen's - A Diary of A 'Lil Girl

By: Nisrina Azureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-Oct-2006 03:32 Email | Share | | Bookmark
Puteri Beradu

 
 
 
View all 6 photos...
Di awal-awal usia azureen ni, salah satu kegemaran di masa lapang azureen ialah tidur. Hampir 2 per 3 masa azureen di sepanjang hari dihabiskhan dengan tidur sahaja. Tapi ada juga harinya di mana azureen tak mahu tidur, terutama pada hari minggu. Sebenarnya masa ni la azureen nak bermain dan bermesra dengan mama dan ayah. Kadang2 tu mama nampak kelam-kabut juga, dengan nak membasuh pakaiannya, memasak untuk berbuka, berkemas rumah, azureen pulak ajak bermain. Yang mama tak boleh tahan tu bila tengok azureen ketawa sorang diri, kengkadang tu kalau mama tak layan juga azureen lantak meraung. Sudahnya dua-dua mama dan ayah berlari datang.... Pandai azureen berlakon kan?





Penghargaan : Setinggi penghargaan pada Auntie Zizie atas segalanya. You are the best auntie anybody could ever have. I love you Auntie Zizie.

tecit nya mulut dierrrrrrr tomei sgt nganga masa tdo Tue 3-Oct-2006 04:10
Posted by:**iRFAN**  - [Link]
hai there... u're kids lahir sehari lewat dr mine!!! menariknye... salam perkenalan..... cantiknye nama azureen... secomel orangnya.... Wed 4-Oct-2006 14:15
Posted by:dilla  - [Link]
happy belated 1-month old azureen
buat masa ni, live to sleep
Thu 5-Oct-2006 02:23
Posted by:aji  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 26-Sep-2006 03:07 Email | Share | | Bookmark
Puteri Bersiram

 
 
 
View all 9 photos...
Terus terang azureen katakan, memang azureen takut air. Bila mama mandikan azureen, mama akan gunakan air suam (bukan air panas macam pak pandir tu ). Selalunya azureen akan cuba untuk tidak menangis. Azureen cuba bertahan, takut nanti ada orang kata azureen macam kambing. Tapi sesekali azureen meraung juga. Kesejukan yang dirasakan kadang-kadang hingga mencucuk tulang. Sampai menggeletar dagu dan tangan azureen dibuatnya. Tapi masa ayah ambil gambar ni, azureen tahan untuk tak menangis. Try mantain cool. Kalau tak nanti kengkawan lain nampak, malulah azureen. Masa ni usia azureen baru 26 hari, ayah pulak free sangat hari tu, letih azureen kena berlakun.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, rasanya belum terlewat buat Azureen, Mama dan Ayah untuk mengucapkan Selamat Mengerjakan Puasa untuk semua warga FP yang ceria ini. Azureen sekarang ni pun tengah belajar berpuasa, tapi masa tidor je la. Bila terjaga je, azureen pun berbuka...




Azureen's replies:
hana : Auntie, mama memang selalu mandikan azureen kejap je. Mama takut azureen meraung di luar kawalan
ratnamurniwati : Tak la kiut sangat auntie... kiut lagi auntie kan kan?
Mama Danish Faixaal : Nanti dah besha sikit nak ajak abg danish mandi kat KLCC bole tak auntie?
Ajue : Alhamdulillah auntie, hanya Dia yang maha agung...
Iena ~ Ilham & Sofea : Ayah kata dia tak dera azureen, dia cuma buli je... Kalau auntie dah 5 hari puasa, azureen pulak dah 13 hari 1/2...
elin : Nanti syarikat azureen nanti nak letak moto - hingga menggigit jari!
aisyah humaira : Kalau mandi air sejuk lompat-lompat tu, maknanya dah besar nanti kak aisyah akan jadi penerjun papan anjal... wakil mesia lagi

$weE+ 666 : Hai, mcmn la LPF boleh terlepas yg ni pulak. Shame-shame la azureen nanti. Ayah tak perasan la tu... Yeyee!!!

pssst, azureen... check out auntie jijie's new entry! Sat 30-Sep-2006 15:48
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Auntie zizie, azureen tak tau nak kata apa... sungguh terharu rasanya. Kata-kata yg auntie tuliskan ni sugguh indah sekali dan menusuk kalbu. Memang auntie is so good in a lot of things. How I wish bila dah besar nanti azureen akan berupaya menjadi seorang yang seperti auntie... cantik, bijak, ceria, agresif, pandai menulis, punya pemikiran seni yg tinggi (btw auntie tau tak Pendita Za'aba tu 1 keturunan ngan kita?), dan macam2 lagi. Azureen harap kita akan terus begini, bahagia dan ceria, bersama memimpin azureen menempuh hari2 yg bakal mendatang. Salam sayang dan rindu teramat untuk abg fenriz dan seluruh keluarga bahagia auntie. Raya nanti kita bertemu lagi k... Sun 1-Oct-2006 03:32
Posted by:nisrina azureen  - [Link]
chekci nyer dia..hehhee tapi cumeyyy sangattt..Adam pon nak isi form lah mcm ni..boleh aunty? Mon 9-Oct-2006 09:03
Posted by:ieza98  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Saturday, 23-Sep-2006 13:48 Email | Share | | Bookmark
Azureen & Mama 2

 
 
 
View all 6 photos...
Yang ditunggu dah tiba. Akhirnya... muncul juga foto azureen bersama mama tersayang... Nape? Tak percaya?

Sedikit tentang mama yang azureen tahu... mama seorang guru di sebuah sekolah rendah di Selangor. Mama pernah menuntut di Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban. Selepas itu mama pernah mengajar di Sek Keb Jalan Pasar 1 di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke sekolah sekarang. Mama seorang yang lemah lembut dan penyayang. Ayah kata mama terlalu romantik. Kasih sayang mama pada saya tak berbelah bagi. Kadang-kadang ayah jadi sedikit cemburu. Kalau dulu perhatian mama hampir 100% pada ayah. Lebih 12 tahun lamanya. Kini dengan kehadiran azureen, ayah bukan lagi di tempat teratas. Tapi azureen tahu, ayah cuba untuk mengerti. Ayah pernah berbisik pada azureen, ayah sanggup berkorban apa saja untukmu sayang. Azureen sebak, pilu rasanya. Mari kita berkongsi kasih mama ye ayah...




Azureen's replies :
$weE+ 666 : Auntie zizie, thx and sorry. Azureen ni kan budak baru belajar. Harap auntie bole tolong tunjukkan...
lenny : Auntie nanti azureen dah lepas 44 hari, ingat nak pegi taman dgn kak aliya la. Main buaian... Sales kuih raya mcmana auntie?
mommy nadiah : Begitu dgn kami di sini auntie. Kak nadiah dah beli baju raye?
fifi : Mesti lawa macam kak fifi kan?
aisyah humaira : Moga kita jadi sahabat sampai bila2 ye kak aisyah?
Mama Danish Faixaal : Ayah kata kalau dia begambo dgn azureen, mcm beauty and the beast. Apa makne tu auntie?
Iena ~ Ilham & Sofea : Mama kata semenjak azureen ada ni baru mama jadi camtu
chikdaa : Terernye kak alisya tak takut air sejuk... ni mesti bakal perenang handalan mesia nanti nih
~Mama Asha: Fiedah~ : Auntie, mama dan ayah memang sangat penyayang. Azureen sangat beruntung kerana ditakdirkan menjadi anak mereka. Kasih sayang azureen pada mereka tiada tandingnya... Syukur padaNya...


Azureen boleh jadi kawan kak aisyah sampai bila2.. Maybe one day kita boleh jumpe... Insyaallah.. Fri 29-Sep-2006 00:29
Posted by:aisyah humaira dryweatherflow@yahoo.com  - [Link]
pandainye mama azureen nie berkarya....kagum auntie... Wed 4-Oct-2006 14:16
Posted by:dilla  - [Link]
hi azureen, sedapnya nama nisrina azureen...comey & sweet mcm mama dia lah ..salam perkenalan dr kami sekeluarga..selamat berpuasa Mon 9-Oct-2006 08:51
Posted by:ieza98  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Thursday, 21-Sep-2006 03:21 Email | Share | | Bookmark
Injection Bulan Pertama

Gaya Kuak Silang... heheh
Hari ini kalau ikut jadual, azureen terpaksa ke klinik untuk ambil injection untuk bulan pertama. Waduh... kalau difikirkan ngeri betul rasanya Rasa tak sanggup nak mengadap auntie nurse untuk menyerah diri minta di cucuk. Mama pulak dah tentunya tak sanggup nak tengok, apatah lagi bila azureen dah start meraung nanti. Silap-silap mama pulak yang meraung dulu. Huhu... ayah! Ayah mana? Ayah tolong pegang zureen ayah... Tapi tengok ayah cool aje. Macam ni azureen pun kena mantain cool la, macam ayah Pada semua aunties dan pengunjung setia FP azureen, doakan azureen melepasi dugaan ini dengan tenang dan tanpa masalah. Moga azureen akan kuat dan tabah, macam mama dan ayah

Ohya, pagi tadi entah apa kena ayah ni, azureen tengah syok tidur, tiba-tiba mata azureen silau dek kerlipan lampu. Rupa-rupanya ayah snap gambar azureen masa tengah nyenyak tidur Ayah ni... orang belum mandi ngan pakai bedak lagi la. Nanti tak kiut laaa...




TERKINI

Petang tu azureen pergi ke klinik seperti yang dijanjikan. Yang seronoknya, auntie nurse tu kata bulan pertama ni azureen tak payah kena injek. Sebab, sekarang dia orang dah combinekan jab 1st month tu dengan yang 2nd month. Leganya rasa hati azureen... Selamat buat kali ni... Auntie nurse tu juga buat averall check pada tubuh azureen. Yang beshnya dia kata tubuh azureen sihat walafiat, takde masalah. Cuba teka berat azureen dah jadi berapa? Jeng jeng... dah jadi 4.3 kg Dah berat... padan la nampak ayah macam mengah je bila dodoikan azureen Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Harap-harap bila kena double bulan ke 2 nanti, azureen akan mantain cool... macam ayah

Azureen Replies:
Mama Danish Faixaal : Semuanya dah ok auntie. Azureen tak jadi injek. Seronoknya!
$weE+ 666 : Wa, abg fenriz memang kuwat betol la, sungguh gagah perkasa. Oh abg fenriz, kau la heroku. Kan bagus kalu abg ade kat sblh azureen masa nurse tu injek. Thx auntie kerana jadi pengunjung paling setia fp azureen. Love u...
Iena ~ Ilham & Sofea : Mama bukan tak sabar tunggu lg 2 minggu, kalau bole mama nak zureen besar terus. Bole pakai baju gaun, ikut mama pegi sekolah, lari2 kat taman terkedek-kedek... Ha, yg kuak silang tu angkara ayah...
hana : Sebenarnye nama Nisrina tu ayah ngan mama cari dlm 1 mlm je, rujukannya of course di internet la. Yang part Azureen tu subuh esoknya baru mama dpt idea... gitu la ceritanya.

Yeyy... dah sebulan dah baby Zureen eekkk... kejap jer...sure mama Zureen tak sesabar nak tunggu lagi 2 minggu tuh kan...??
Ada ker 'kuak silang' sayang ooiii... ker ayah / mama Zureen yg pandai2 bubuh kuak silang tuh...?? ...takpe... apa2 kuak pun, Zureen tetap "kiut"..
Fri 22-Sep-2006 00:28
Posted by:Iena ~ Ilham & Sofea ku2rewang@gmail.com  - [Link]
sedapnya nama bb nie... hi!
dah pegi jab ke belum... demam tak? takpe, for the first month normally tak demam
Fri 22-Sep-2006 04:37
Posted by:hana  - [Link]
eh...samalah cara kita tido....menyenget(bahasa utara)...berat LuQMaN masa first month pun 4.3kg.Berapa berat newborn dia misbah?LuQMaN 3.16kg. Sun 8-Oct-2006 01:31
Posted by:CT a.k.a MaMa LuQMaN  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 17-Sep-2006 13:23 Email | Share | | Bookmark
Pengalaman Baru

 
 
 
Semalam genap usiaku 1 bulan. Sebaik sahaja mencecah usia keramat itu, saya merasakan banyak perubahan terjadi pada diri ini. Antaranya, saya seolah sudah berupaya melihat dengan jelas. Apabila mama atau ayah memanggil namaku, saya berupaya untuk menoleh dan memandang ke arah mereka, dan pandangan saya nampak lebih fokus dan menyakinkan. Itu juga bererti saya sudah berupaya mendengar, kerana berupaya memberi respons pada suara mama dan ayah. Saya juga sudah boleh bertindakbalas apabila ayah berbicara dengan saya, dengan mengeluarkan bunyi dan membuat ekspresi muka.

Dan akibatnya, sepanjang hari hingga ke malam saya tidak mahu tidur. Saya hanya melelapkan mata untuk selama 5 hingga 10 minit sebelum terjaga kembali menikmati pengalaman baru saya itu. Biarpun mama dan ayah kelihatan bimbang dengan perkembangan saya pada hari itu, namun saya teruskan juga keseronokan saya, menikmati pengalaman baru yang amat menakjubkan itu...


Coming Soon! Foto Azureen Bersama Mama!







Azureen Replies:
Inda2681 : Thx auntie for dropping by
Iena ~ Ilham & Sofea : Auntie nak cium pipi azureen? Cium la, azureen tak kisah. Tapi kalau ayah cium takleh lebih sekali. Sebab misai ayah tajam, cocok pipi azureen
Mummy Alysha : Merenung masa depan yang cemerlang dan gemilang
$weE+ 666 : Betul cakap auntie tu. Tiap detik tu amat bernilai, dan ia takkan berulang kembali. Untuk mengabadikan detik2 tu la maka ayah kerap mengambil gbr2 azureen dlm banyak reaksi dan ekspresi. Ayah kata ayah mahu jadi perakam sejarah, atas setiap yg telah dan sedang berlaku...
:~Mama Asha: Fiedah~ : Memang excited auntie, dunia ni teramat indah utk dibiarkan. Rugila kalau azureen tidor. Nikmat yg tuhan beri, mahu azureen nikmati semaksimumnya... Subhanallah
Zubye : Tengkiu auntie. Kirim salam sayang kat abg irfan ye
mama Danish Faixaal : Tengkiu auntie... abg danish pun comey dan hensem gak...
mama adam & ammar : Memang tak sabar auntie... kalau esok azureen dah boleh merangkak lagi besh kan? Boleh rayau satu rumah. Mama, simpan semua barang hiasan dlm rumah tu...
mama Iman+Nurin : Azureen dah besar sekarang auntie. 2 hari lepas berat azureen dah 4.3 kg. Pipi zureen pun dah sarat... ayah pun dah tak larat tatang lama-lama...
hanny_uptrend : Thx auntie. Ayah kata memang buat, tapi tak berani hebahkan takut tak sempat siap. Maklum la semenjak dah ada azureen ni, ayah mcm tak cukup tangan je. Nanti azureen besar, tambah tangan zureen pulak tolong ayah...

wahhh...dah sebulan azureen menjenguk dunia ni.....pandai dah tak mo tido ekkk???banyak menda die nak explore tu....tak sabar sabar die... Wed 20-Sep-2006 03:33
Posted by:mama adam & ammar  - [Link]
azureen....happy 1st first month sayang...
baru sebulan dah tak mo tido yea...jgn cam tu sayang, sian kat mama tu, risau hati mama nanti azureen tak mo tido pasal tido tu penting tuk pembesaran azureen...
tak apalah, mungkin gak azureen tak puas2 menatap muka mama kot...
cepat besar yea sayang....geram je auntie tgk pipi comel dia tu...
Thu 21-Sep-2006 02:02
Posted by:mama Iman+Nurin  - [Link]
assalamualaikum.....happy birthday yg ke 1 bulan. Ni auntie nak tanya...tahun ini ayah dan mama azureen tak buat london almond ke...selalunya skrg ni dah sibuk bertanya siapa nak order....jgn marah ye...auntie tanya je...agaknya syok sgt semenjak dah ada zureen.....ok...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA DAN SELAMAT BERPUASA DARI AUNTIE UNTUK AZUREEN SEKELUARGA Sat 23-Sep-2006 07:56
Posted by:unnamed hanny_uptrend@yahoo.com
View all 10 comments Add comment


Friday, 15-Sep-2006 14:04 Email | Share | | Bookmark
Happy 1st Month Birthday

 
Tepat pukul 12 malam ini, apabila tarikh bertukar ke 16 Sept 2006, bererti umur saya telahpun meningkat ke 1 bulan. Percaya tak percaya, telah sebulan saya menjengah ke dunia yang "pelik tapi menarik" ini (yang tu saya hurai kemudian la ye ). Sebentar tadi entah mengapa saya seperti merasa sedikit kurang selesa. Akibatnya, telah hampir 4 jam saya merengek dan kadang-kadang tertidur seketika tapi kemudiannya terjaga semula untuk menyambung rengekan saya. Puas saya beralih tangan dari hayunan mama, berpindah ke dodoian ayah, kembali semula ke dakapan mama, dan terus begitu berkali-kali, namun ragam saya tidak berkurang. Ada juga terdengar ayah memberitahu mama, "mungkin sebab beralih bulan agaknya ni...". Saya pun tak pasti sejauh mana kebenarannya, mungkin juga begitu.

Apapun, saya sebetulnya bahagia dengan kehidupan ini. Saya pasti mama dan ayah berlebih-lebih lagi kegembiraan mereka. Moga kegembiraan yang kami kecapi kini akan berterusan begini esok, bulan depan, lima tahun lagi, sampai bila-bila. Ini impian Azureen. Saya pasti ini impian mama dan ayah juga.

Kini saya telah dewasa. Mungkin tak lama lagi saya akan belajar tersenyum pula, atau bertindakbalas bila mama dan ayah memanggil nama saya. Tak sabar rasanya nak belajar segalanya tentang kehidupan ini. Tak sabar rasanya untuk menjadi lebih dewasa...



hepi 1st besday baby azureen... comeynya diaaa
salam perkenalan dari kami
Sun 17-Sep-2006 10:40
Posted by:mama hiro  - [Link]
sabarlah sayang... hayati setiap detik dgn penuh perasaan, kerana sesungguh tanpa kita sedar setiap detik itu berlalu terlalu pantas untuk kita nikmati satu-persatu... hepi 1st month befday sayang! azureen dah besar! yay! yay! nanti dah abis pantang bleh datang jenjalan umah auntie jijie ye sayang ye... *muahz* Mon 18-Sep-2006 03:17
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Besday saya sebulan on 15 September.... tp masa tu berat saya dah 5kg.. tp maybe sbb saya boy kot.. dah tak larat dah mama saya nak 'kelek' saya guna satu tangan.. huhuhu.. tu belum tunggu saya 4/5/6 bulan lagi... Wed 4-Oct-2006 14:19
Posted by:Arman Faris..  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 13-Sep-2006 00:41 Email | Share | | Bookmark
Sentuhan Seorang Mama

Orang kata isap jari besh
Eh apasal jari ni keras bangat
Opps tunggu ayah! Azureen nak smile...
Semalam saya terdengar bicara ayah bersama mama. Antara bual mereka, ayah pernah terbaca tentang sentuhan pada bayi yang ditemuinya di internet...

Menurut Downshen, melalui sentuhan kasih sayang bayi belajar tentang kehidupan.
''Jadi, berikanlah ciuman-ciuman yang lembut, dan dia akan merasakan bahwa dunia merupakan tempat yang menyenangkan."

Saya tidak dapat mengelak untuk bersetuju, kerana apabila mama atau ayah memeluk dan menyentuh saya, nikmatnya MasyaAllah... hanya Tuhan yang tahu. Saya merasakan sangat selesa dan selamat dalam pelukan mereka. Kalau boleh saya tak mahu mereka pergi jauh, kalau boleh saya tak mahu mereka tinggalkan saya, kalau boleh biarkan mereka berada dekat dengan saya. Tapi apakan daya, mereka ada tanggungjawab mereka yg lain. Saya akur, biarpun tanpa rela. Mereka bukan milik saya semata.

Apapun, saya berdoa agar saya akan sentiasa dekat dengan mama dan ayah, menempuh hidup yang penuh mencabar ini di samping mereka, belajar tentang perjuangan sebagai manusia, tentang suka-duka yang akan mematangkan saya. InsyaAllah... Be there for me k, always...




Quote:
mama Danish Faixaal : Entahlah auntie, ayah ni bila shoot sampai 50-60 keping, tapi uploadnye 2-3 keping je. Agaknye ayah ni kedekut kut....

mommy nadiah : Tengkiu auntie

$weE+ 666 : Auntie ni so sweet la. Ayah kate auntie ni rocker... ye ke? Yeyee!!!

Iena ~ Ilham & Sofea : Ayah kate memang nak jadikan zureen model, tp model utk ayah je la. Utk lain-lain ayah kata "no way!". Memang la ayah ni kedekut agaknye kan?


certain peoples tak bagi their kids rapat with me, just bcoz i used to be a rock chick. i still am one rockin' mama now... i just hope ur mama & papa are not like that 'certain peoples' who just judging me without knowing me... i admit, i am TOO SWEET too resist in 666 ways! *muahz* Fri 15-Sep-2006 17:38
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Keep rawkin mama... Why? Cos a book cannot be judged by
its cover. It's what inside it that is matter. Dulu ayah azureen pun
dengarnya rocker gak. Pernah gi concert Ronnie James Dio dan Yngwie Malmsteen. Tapi tu dulu la... la ni ayah mat jiwang
Sat 16-Sep-2006 06:26
Posted by:nisrina azureen  - [Link]
hmm..cutenye.. suke isap jari ek syg.. mcm anak auntie jugaklaa.. Mon 9-Oct-2006 00:27
Posted by:maya amir msapphire7@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 11-Sep-2006 00:24 Email | Share | | Bookmark
Azureen & Mama

Bagai Menatang Minyak Yg Penuh
Hari ini usia Azureen dah masuk 26 hari, tak lama lagi akan genaplah sebulan saya menjengok ke dunia serba indah ini. Orang yang paling gembira dengan kedewasaan saya ialah Mama. Mama seakan tak sabar menunggu saya untuk membesar, pandai tersenyum dan memanggil nama mama & ayah, pandai meniarap dan kemudian merangkak, boleh memakai baju gaun dan kemudian berpakaian baju kurung, boleh mengikut mama ke sekolah dan berjumpa kawan-kawan mama, kalau boleh segalanya mama nak berikan kepada saya. Kadang-kadang saya hairan kerana mama bagaikan tak pernah letih membelek saya. Perhatian yang diberikan pada saya hampir sepenuh masa, tanpa rasa letih. Sekalipun semasa saya susah untuk tidur malam, mama tak pernah merungut ketika mendodoikan saya. Dengan lain perkataan, mama menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh... Terima kasih mama. Bila Azureen dewasa nanti, saya akan cuba membalas pengorbanan mama ini. InsyaAllah...



Quote:
$weE+ 666 : Auntie zizie, jgn puji saya cantik, orang tua-tua marah. Dorang suruh kata "burok budak nih!"... Cerita pasal anak ni, agaknye tu yg dorang selalu kate "buah hati pengarang jantung" tu kan? Kesian ayah, "makan hati berulam jantung" je lah nampaknye

daing : Time kasey uncle. Gambar uncle makin cantik la...

:~ibu shasya~ : Memang itu impian azureen, auntie

ibu aqil : ida : Tengkiu auntie. Kirim salam kat aBG aQIL aZHAD

mai a.k.a mama syasya : Time kasey auntie. Harap satu hari nanti saya dpt jadi penulis yang bagus. Kirim salam kat akak syasya ye

lenny : Kembali. Harap auntie dtg lagi lain kali k

lenny : Memang saya 1st baby auntie. Dulu mama pernah mengandung sekali, tapi keguguran di bln ke 3. Apa susah sangat auntie, kalau nak bau baby, pregnant lagi la auntie...

MuMMY NiNi : Auntie, mama kata dia tunggu Azureen 12 tahun, lamenye tu...

Mummy Alysha : Sebenarnya tu kata2 azureen la auntie...

mama adam & ammar, fifi, min : Thanks to all aunties, memang hidup ini satu perjuangan, yang menagih pengorbanan. Dan ramai yg telah kecundang, sebagai pejuang mahupun petualang. Moga kita berada di pihak yg benar...

Iena ~ Ilham & Sofea : Moga doa auntie dimakbulkan. Memang anak adalah "segalanya" buat seorang ibu...

~Mama Asha:Fiedah~ : Kan azureen dah kata, ayah ni kedekut skit. Takpe, nanti azureen pujuk dia k?


Assallamualaikum Azureen & Mama,

Nih anak sedara Zizie lah kan...?? and second cousin to Fenriz...mmm..comey sgt..teringat plak masa masa dlm pantang dulu...hee...heee..

Syahdu sgt kata2 kat entry nih...mmg setiap insan yg bergelar ibu tidak pernah kenal erti "penat" dlm hidupnya pabila disamping anak2...bagi saya anak2 adalah "kekuatan" bg seorang ibu dalam segala aspek...

Semoga Azureen akan jadi anak yg baik, taat & solehah bila besar nanti, InsyaAllah...amin!
Wed 13-Sep-2006 00:35
Posted by:Iena ~ Ilham & Sofea lina@rcbdev.com  - [Link]
congratulations! on the arriving of your bundle of joy!!! uploadlah pic byk² lagi...tak puas tgk princess azureen nih! Wed 13-Sep-2006 00:41
Posted by:~Mama Asha:Fiedah~ missfiedah@yahoo.co.uk  - [Link]
ooooh tak bleh ckp cantik ye... hehehe... slalu gak dgr org cakap camtu, tapi nak panggil burok tak sampai ati la plak... Fri 15-Sep-2006 17:27
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Wednesday, 6-Sep-2006 09:47 Email | Share | | Bookmark
Bersama Nenek

Hepi Befday Nenek
31 Ogos yg lalu saya, ayah dan mama berkunjung ke rumah nenek di Desa Kenanga. Hampir keseluruhan ahli keluarga belah ayah ada bersama termasuk makcik, pakcik dan sepupu2 ku. Atok pun tak ketinggalan ada bersama. Hari tu kami meraikan hari lahir nenek yg jatuh sehari sebelum tu, kalau tak silap ayah kata yg ke 59 tahun. Nenek kelihatan gembira, apa lagi melihat gelagat cucu2nya yang dah mencecah 12 orang, termasuk saya. Saya diberitahu nenek menderita penyakit buah pinggang. Akibatnya nenek terpaksa menjalani proses dialisis di pusat dialisis swasta sebanyak 3 kali seminggu, untuk sepanjang hayatnya. Saya rasa sedih bila melihat penderitaan nenek, yang terpaksa berulang ke pusat itu dihantar oleh atok, anak2 dan menantu2nya secara bergilir2. Kalaulah saya dah dewasa, mahu rasanya saya menyumbang sekali mengambil giliran menghantar nenek. Tapi apakan daya, usia saya hari ini baru saje berusia 3 minggu. Nenek, selamat hari lahir, moga nenek cepat semboh dan sihat selalu. Moga nenek dapat melihat Azureen dewasa, berjaya dalam hidup, menjadi seorang anak yg soleh, dan bersama boleh menemani nenek meneruskan hidup ini. Nenek, Nisrina Azureen sayangkan nenek....


Mak, takde kata2 yang boleh diucapkan utk menghargai setiap yg
telah mak berikan utk kami. Tiada apa tandingannya di dunia ini utk
kami bandingkan dgn kasih sayang dan pengorbanan emak selama
hidup kami. Hanya airmata dan doa dapat kami panjatkan agar emak
sentiasa dipelihara Allah dan diberikan kesihatan dan kesejahteraan
selamanya. Kami akan cuba memberikan apa yg terbaik buat emak,
biarpun kami sebenarnya langsung tak mampu menandingi pengorbanan
emak selama ni. Terima kasih mak...
Wed 6-Sep-2006 10:15
Posted by:ayah azureen  - [Link]
terharunyer baca nukilan abg ajam pada ibu tersayang... *speechless* Wed 6-Sep-2006 16:17
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Ehhh... nih baby abg ajam @ zoomer tuh ekkk...!!?? comel nyer...!! Wahhh... masih dlm pantang dah ada fp sendiri ekk... Wed 13-Sep-2006 00:27
Posted by:Iena ~ Ilham & Sofea lina@rcbdev.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 30-Aug-2006 01:46 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Lahir Nenek

 
Hari ini 30hb Ogos adalah hari lahir nenek Hasmah yang ke... saya pun tak pasti. Tapi pagi tadi nenek kata yang ke 30... hehe.. pastinya nenek bergurau kan? Apa pun, saya doakan supaya nenek dipanjangkan umur dan dikurniakan kesejahteraan oleh Allah dan semoga nenek sihat selalu hendaknya. Moga nenek ceria selalu dan jangan risaukan Azureen di sini. Kami sekeluarga sihat sejahtera selalu. Kirim salam kat atok ye nek...


Ayah dan Mama pun nak join azureen utk ucap happy
birthday pada nenek. Moga nenek terus sihat dan ceria,
so boleh selalu datang tengok azureen kat sini....
Wed 30-Aug-2006 02:03
Posted by:ayah & mama  - [Link]
selamat hari lahir mak teh!!! smoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang abadi dan kesejahteraan hidup yang dirahmati di sisi keluarga besar tersayang... aminnnn... *muahz kat pipi mak teh* Wed 30-Aug-2006 03:39
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.