Hari ini aku berusia 7 hari. Telah seminggu aku ujud di dunia ini, berkongsi kehidupan dan kebahagiaannya bersama Mama dan Ayah. Bukan mudah untuk menjadi orang baru di dunia serba mencabar ini. Terlalu banyak yg perlu ku pelajari, terlalu ramai yg perlu ku kenali. Setakat ni yang dah aku tahu ialah bau mama dan ayahku Yang lain tunggu dulu ye, ikut giliran
Ini aksi aku yang ayah rakam pagi tadi, tatkala usia ku menjangkau 7 hari. Kalau hari2 ayah ambil gambar ku begini, mau berpinar mata ku... Mama dan Ayah, terima kasih kerana sentiasa berada di sisiku...