Want your
own Fotopage?












 
Azureen's - A Diary of A 'Lil Girl

By: Nisrina Azureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Aug-2006 08:47 Email | Share | Bookmark
Wajah-Wajah 2

 
 
 
Hari ini genap umurku 13 hari, 13 hari yang amat membahagiakan aku, mama dan ayah. Bercerita pasal mama dan ayah, kadang-kadang aku merasa kasihan melihat gelagat mereka. Pantang aku berbunyi sedikit, pasti kedua-dua mereka akan melompat bangun biarpun ketika sedang lena tidur. Sesekali aku cuba juga untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi, demi untuk memberi ruang lena yang cukup untuk mereka berehat. Tapi kalau perut aku dah kosong, mana boleh jadi, meraung tetap meraung . Lagipun aku dengar mereka dah mengalami tidur yang amat lena selama 12 tahun. Cukup-cukuplah tu kan? Apa pun, terima kasih mama dan ayah, kerana bak kata orang putih... you guys were always there whenever I needed you... Hari ini mama dan ayah menjaga ku dengan penuh kasih sayang. Akan tiba masanya di mana aku pula akan mengambil tugas yang sama, untuk menjaga mama dan ayah pula. InsyaAllah....


Tahniah...semoga menjalani hari2 yg indah bersama nisrina Tue 29-Aug-2006 10:07
Posted by:js jsuhaila@yahoo.com  - [Link]
alalalala... comeynyer cutie pie baby azureen menguap... auntie jijie blom sempat upload pics auntie ngan azureen ari tu la sayang... nanti auntie upload ye... meh cium sket pipi tu... *muahz* Wed 30-Aug-2006 03:32
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Dalam sebulan dua ni mmg la kerap kacau tidur mama dan ayah. Nanti bila dah besar skit, kurang skit gangguan waktu malam dan masa tu Azureen akan berceloteh sorang2 untuk menidurkan mama dan ayah pulak...
BTW, papa Azureen, auntie ada emailkan ttg step untuk mengadakan ticker melalui email dan harap ianya boleh membantu. Auntie ada create satu contoh ni khas untuk Azureen.. http://www.babysfirstsite.org/newtickers/ticker/67801.birthday.png
Mon 4-Sep-2006 02:04
Posted by:mama Danish Faixaal koboimon@yahoo.com  - [Link]
Thanks so much mama danish, jasamu akan azureen kenang.
Kirim salam kat abang danish ye auntie....
Wed 6-Sep-2006 01:06
Posted by:azureen  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.