Want your
own Fotopage?












 
Azureen's - A Diary of A 'Lil Girl

By: Nisrina Azureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Sep-2006 14:04 Email | Share | Bookmark
Happy 1st Month Birthday

 
Tepat pukul 12 malam ini, apabila tarikh bertukar ke 16 Sept 2006, bererti umur saya telahpun meningkat ke 1 bulan. Percaya tak percaya, telah sebulan saya menjengah ke dunia yang "pelik tapi menarik" ini (yang tu saya hurai kemudian la ye ). Sebentar tadi entah mengapa saya seperti merasa sedikit kurang selesa. Akibatnya, telah hampir 4 jam saya merengek dan kadang-kadang tertidur seketika tapi kemudiannya terjaga semula untuk menyambung rengekan saya. Puas saya beralih tangan dari hayunan mama, berpindah ke dodoian ayah, kembali semula ke dakapan mama, dan terus begitu berkali-kali, namun ragam saya tidak berkurang. Ada juga terdengar ayah memberitahu mama, "mungkin sebab beralih bulan agaknya ni...". Saya pun tak pasti sejauh mana kebenarannya, mungkin juga begitu.

Apapun, saya sebetulnya bahagia dengan kehidupan ini. Saya pasti mama dan ayah berlebih-lebih lagi kegembiraan mereka. Moga kegembiraan yang kami kecapi kini akan berterusan begini esok, bulan depan, lima tahun lagi, sampai bila-bila. Ini impian Azureen. Saya pasti ini impian mama dan ayah juga.

Kini saya telah dewasa. Mungkin tak lama lagi saya akan belajar tersenyum pula, atau bertindakbalas bila mama dan ayah memanggil nama saya. Tak sabar rasanya nak belajar segalanya tentang kehidupan ini. Tak sabar rasanya untuk menjadi lebih dewasa...



Assalamualaikum..... salam perkenalan utk parent Azureen... tahniah kepada keduanya diatas kurniaan yg paling bernilai dari Allah S.W.T... bila terbaca blog ni tadi, kemungkinan azureen mengalami satu keadaan yg dipanggil 'COLIC'.... situasi yg akan berlaku bila baby akan menangis tanpa diketahui punca yg menyebabkannya dan selalunya berlaku selepas waktu petang dan berlanjutan lebih dari 3 jam.... keadaan ini hanyalah sementara kerana baby ika juga mengalami keadaan ini (sebulan lamanya mama ika terpaksa menahan kedukaan melihat pueri tersayang menangis tanpa henti).... jika bonda/ayahanda Azureen ingin maklumat yg lebih lanjut boleh melawat ebsite yg berikut..(ini rujukan dari pakar2 di UK...)
- http://www.motherandbabymagazine.com/nav?page=motherandbaby.yourbaby.list.detail&articleSection=CRYING&resource=1771709
- http://www.bounty.com/upload/PDF/Your%20baby%20guide/yb1_06%2018%20Out%20and%20about.pdf
- http://community.homeandhealthtv.co.uk/eve/forums/a/tpc/f/566101191/m/243103422
Fri 15-Sep-2006 20:12
Posted by:mama ika
insyaallah... keadaan akan kembali normal dan Azureen menjadi kekasih hati kepada kedua ayah dan bondanya.... Fri 15-Sep-2006 20:14
Posted by:mama ika  - [Link]
tahniah & heppy 1st month-be in this wondeful world..
sape yg tak sabor sebenarnya nk tengok dia growing ni???
Sat 16-Sep-2006 10:19
Posted by:malrabah  - [Link]
hepi 1st besday baby azureen... comeynya diaaa
salam perkenalan dari kami
Sun 17-Sep-2006 10:40
Posted by:mama hiro  - [Link]
sabarlah sayang... hayati setiap detik dgn penuh perasaan, kerana sesungguh tanpa kita sedar setiap detik itu berlalu terlalu pantas untuk kita nikmati satu-persatu... hepi 1st month befday sayang! azureen dah besar! yay! yay! nanti dah abis pantang bleh datang jenjalan umah auntie jijie ye sayang ye... *muahz* Mon 18-Sep-2006 03:17
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Besday saya sebulan on 15 September.... tp masa tu berat saya dah 5kg.. tp maybe sbb saya boy kot.. dah tak larat dah mama saya nak 'kelek' saya guna satu tangan.. huhuhu.. tu belum tunggu saya 4/5/6 bulan lagi... Wed 4-Oct-2006 14:19
Posted by:Arman Faris..  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.