Azureen's - A Diary of A 'Lil Girl -  - Fotopages.com
<height>60</height>
Azureen Tercedera?
Minggu lepas semasa zureen, mama & ayah nak keluar bersiar-siar, ayah mengambil kamera dan shoot beberapa keping gambar zureen dengan baju yang baru dibeli beberapa hari sebelum tu. Bila ayah tengok balik gambar2 yang dah diambil, ayah terperasan tangan azureen sebelah kanan asyik diangkat sedikit tinggi seolah2 ada yang tak kena (lihat gambar 1). Bila mama periksa tangan zureen barulah dapat jawapannya. 
Rupa2nya sebelum keluar rumah, azureen dah menggaru tangan zureen yang kegatalan hingga melecet. Ayah pula nak mengelakkan melecet tu jadi makin teruk, terus melekatkan plaster ke tangan zureen. Zureen pulak terasa macam luka tu serius sangat sampai letak plaster, terus jadi tak selesa sampai tak berani nak hayun tangan sembarangan. Sudahnya sepanjang hari la tangan zureen sebegitu...  LOL </description>
Hepi Befday Kak Tasneem!
<description>Hari ini genap befday azureen 1 tahun 10 bulan.  Lip-lap lip lap, dah hampir 2 tahun azureen menghuni dunia yang serba indah ini. Terasa baru bagaikan semalam zureen menjenguk dunia, dan terasa bagaikan baru semalam mendengar nanyian dan dodoi mama mahupun ayah tatkala mendengar rengekan zureen yang tanpa mengira siang mahupun malam. Selepas 22 bulan, ayah dan mama masih lagi bingkas bangun bila sesekali zureen merengek bila diganggu igauan malam, biarpun respons mereka nampaknya tak lagi sepantas dulu :-D 
Sebut pasal usia 2 tahun, esok 17hb Jun adalah hari lahir buat kawan baik zureen, Kak Tasneem yang lahir pada 17hb Jun 2006. Mereka adalah puteri manja kesayangan Auntie Su dan Uncle Zul, yang pernah melanggan perkhidmatan ayah semasa majlis pertunangan dan majlis perkahwinan  mereka beberapa tahun dulu, juga untuk majlis bercukur jambul kak tasneem semasa berusia 2 bulan. Dan beberapa hari lalu, kakak kepada auntie su pula melangsungkan pernikahannya, yang mana ayah juga yang menjadi jurugambar mereka. Kiranya ayah ni dah jadi family photographer auntie su la ni... Gambar2 mereka boleh dilihat di http://zoomer.fotopages.com/?entry=1579557(Zoomer Fotopages). Lihat saja aksi kak tasneem yang ayah rakamkan semasa majlis tersebut. Buat kak tasneem, Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun, semoga, makin cute, comey dan ceria selalu. Ada masa nanti kita jumpa lagi k...  :->
Kak Tasneem semasa berusia 2 bulan...
Kak Tasneem - Sekarang - 2 Tahun
http://www.jimatbil.com/affinc/pro.php?id=1160(RAHSIA PENJIMATAN ELEKTRIK - Murah, Mudah & Selamat
Telah Diuji Oleh SIRIM - SILA KLIK DI SINI)
Sejuta Wajah of Azureen
<description>Pagi tadi azureen terdengar perbualan ayah dan mama pasal harga minyak yang naik melambung2. Kata ayah, lepas ni kita semua kena ikat perut, makan kena bertapis, berbelanja kena berlapik, berjalan2 makan angin kena berpada... sampai gitu sekali ke? Nampaknya kereta kena simpan kat rumah la. Lepas ni kita pakat ramai2 naik bas mini  :-D 
Apapun inilah realiti kehidupan sekarang. Bukan kita saje, seluruh dunia sedang menghadapinya. Yang penting kita jangan panik. Bertenang dan banyakkan berkumpul mesra bersama keluarga di rumah. Hati ceria, duit pun tak habis kan? Tengok macam zureen ni, lepak kat rumah dengan ayah dan mama, bahagianya rasa hati ni. Kalau selalu camni kan best, bergolek berguling kat rumah sampai nak buat apa pun dah jadi malas  :-D  Hmmm... alangkah indahnya hidup ini...
Telah Diuji Oleh SIRIM - SILA KLIK DI SINI)</description>
Selamat Pagi...
<description>Pagi tadi Azureen terjaga agak awal (seperti selalunya). Sebelum pukul 6 pagi zureen dah terjaga, terus mencari mama atau ayah nak bermanja. 2-3 hari ni pun zureen demam sikit, ditambah pula batuk dan selsema. Tu yang rasa lesu je badan ni, nak senyum pun malas. Selepas seketika diulit ayah dan kemudiannya mama, zureen terlena kembali. Bila terjaga semula dalam pukul 8 pagi tiba2 ayah bersuara "Dah lama tak amik gambar adik tengah baring2kan?", lantas terus ke bilik mencapai kameranya. Inilah dia aksi2 spontan zureen sebaik terjaga dari tidur pagi tadi. Kalau ikutkan hati memang takde mood nak beraksi, tapi ayah asyik menjerit "senyum zureeeen!"... hmm layan je la...  :-D 
Azureen Yang Ceria
<description>"Azureen memang selalu ceria...", itu kata mama dan ayah. Kata ayah, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat azureen gembira, tertawa dan bersorakan. Dan memang itu yang zureen lakukan. Apa tidaknya, dengan kasih sayang dan belaian yang tak pernah putus-putus dari kedua mereka, perhatian yang sepenuhnya dari makteh dan uwan, juga gelak-tawa nenek dan atok tatkala melihat gelagat azureen, tiada apa lagi yang kurang dalam hidup ini. Semoga semua ini akan berkekalan sampai bila-bila. Dan zureen juga berharap akan berupaya memberikan kembali apa yang sepatutnya zureen berikan, sehingga ke tahap maksimum pada semua yang zureen sayang. Insyaallah, impian dan harapan ini akan jadi nyata...
Al-Fatehah Buat Moyang
Salam rindu buat semua... Dah lama betul rasanya azureen tak update fp ni. Macam dah berkurun pulak rasanya.  Sori kerana agak lama mendiamkan diri. Dalam tempoh dua bulan ni actually banyak juga peristiwa yang berlaku, yang duka mahupun duka. Ingat lagi pada moyang zureen yg pernah zureen ceritakan tak lama dulu? Pada 3hb Feb 2008, moyang telah pulang ke rahmatullah kerana diserang stroke. Serangan stroke tu terjadi tak lama selepas azureen, mama, ayah dan moyang baru lepas menikmati minum petang. Moyang meninggal selepas 3 hari dimasukkan ke hospital. Namun ayah merasa puas kerana dapat membaca surah yassin beberapa minit sebelum moyang pergi, membisikkan kalimah Allah dan Syahadah pada detik-detik terakhir, seterusnya menemani moyang ketika menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ayah juga menurunkan jasad moyang ke dalam kubur, juga orang yg terakhir melihat wajah moyang semasa menghadapkan mukanya ke arah kaabah dan menciumkan wajah tenang moyang ke tanah di dalam liang lahad. Ayah sangat sedih dengan pemergian moyang, namun ayah redha. Moga moyang akan tenang dan bahagia di sana. Kadang2 semasa bersendirian, masih lagi terngiang di telinga ayah gelak-gurau moyang bersama zureen, alunan suara moyang membaca ayat al-quran dan yassin tanpa mengira masa, nyanyian moyang semasa azureen baru belajar berjalan, "Tahteh sebulan lagi... mana letih situ berhenti". Terima kasih moyang, terima kasih atas segalanya. Moga Tuhan akan mencucuri rahmat ke atas roh moyang. Mari kita semua sedekahkan Al-Fatehah buat moyang tersayang... Al-Fatehah!</description>
Pengantin Rempit?
<description>Klik http://zoomer.fotopages.com
Azureen Goes To Kedah 3
<description>Walaupun cuaca sepanjang lawatan kami ke Kedah disulami dengan hujan gerimis dan sesekali lebat, namun kami berkesempatan juga untuk memanjat ke Menara Alor Setar yang terletak di pusat bandar. Dari aras tinjau, kami dapat melihat keseluruhan bandar Alor Setar termasuk sawah bendang yang terletak di sekelilingnya. Pemandangan memang menarik walaupun sedikit redup dan berkabus atas faktor cuaca. Memang ia satu pengalaman yang mengasyikkan. Agaknya bila pula ayah nak bawa kami ke Menara KL yang jauh lebih tinggi tu ye?  :-D 
Hepi Befday Ayah
<description>Hari ini adalah befday Ayah. Hepi befday ayah... moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sejahtera selalu. Dan kebetulan pula, hari ini Fotopages ayah di senaraikan dalam "99 most popular Fotopages.com". Tak sangka FP ayah akan tersenarai di situ. Tahniah Ayah! Pada yang belum menjenguk, silalah singgah di http://zoomer.fotopages.com
Azureen Goes To Kedah 2
<description>Masa dalam perjalanan dari Alor Setar ke Padang Besar, hampir sepanjang jalan kami menempuhi kawasan sawah bendang yang hijau melaut. Cuaca yang redup dan sesekali hujan membuatkan suasana perkampungan di sekitar bendang nampak sejuk dan menenangkan. Ayah yang tak tertahan godaan terus menyelinap masuk ke salah satu lorong menuju ke kawasan sawah yang terletak di Utan Aji. Tanpa membuang masa terus ayah keluarkan kamera dan mengambil gambar zureen dan mama semahunya... Sebenarnya inilah pertama kali zureen mengenal apa itu sawah padi. Memang benar kata ayah, bau lumpur di tengah bendang amat semerbak sekali, membawa kembali seribu kenangan sewaktu ayah kecil2 dulu di kampung nenek. Zureen harap suatu hari nanti zureen akan berpeluang lagi untuk kembali ke tengah sawah, kali ini untuk bermain lumpur, menangkap anak semilang, mengejar burung tiak, makan nasi panas dengan ikan masin berulamkan pucuk ubi rebus... bersama mama dan ayah pastinya!